Pages

Thursday, 3 January 2013

PUNCA KETIDAKSUBURAN~~~

assalamualaikum,,,,,,
setelah banyak ujian dan cabaran mendatang dapat la juga sy update blog kesayangan sy ni di  pagi jumaat yang indah ni,,,,bukan mudah untuk mendapat semua yang kita inginkan jika tanpa diiringi keazaman dan kesabaran!!!!!
sama la seperti kehamilan,,,setiap wanita mengimpikan untuk menjadi seorang ibu kerana kata orang jika wanita itu tidak mampu menjadi ibu adalah sangat merugikan ,,,bagi sy sama ada berjaya menjadi ibu atau tidak dia tetap seorang manusia yang kuat kerana mampu mengharungi dugaan yang allah swt telah tuliskan untuknya,,,jadi bagi wanita yang masih belum berpeluang "memiliki" gelaran itu jangan berputus asa dan serahkan semua pada DIA YANG MAHA BERKUASA.
 disamping bertawakkal usaha juga penting,dalam proses ini bukan mudah ye,,,anak adalah amanah dari allah,,, jom kita semak antara punca ketidaksuburan ini :)

secara fitrahnya untuk hamil wanita perlu mengeluarkan telur drpd salah satu ovari .kemudian telur mesti melalui saluran fallopio untuk menuju ke rahim.sementara itu sperma lelaki perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan ke rahim.setelah disenyawakan telur perlu melekat di dalam rahim.sekiranya berlaku masalah di dalam salah satu langkah yang dinyatakan ,ia akan di anggap sebagai penyebab ketidaksuburan.

ketahuilah bahawa lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita.1/3 lagi berpunca drpd lelaki manakala selebihnya adalah gabungan faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti (semuanya ketentuan allah).

UNTUK WANITA
=============
gangguan telur~~~keseimbangan hormon penting untuk hamil.hormon yang tidak seimbang gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang.keseimbangan hormon boleh terganggu apabila anda mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau berlebihan.mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.oleh itu ujian hormon dapat membantu punca dikenal pasti.

saluran fallopio tersumbat~~~masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat.antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim atau disebabkan oleh endometriosis.

endometriosis~~~ia berlaku apabila endometriosis(tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh di luar rahim.mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub follopio ke ruang perut semasa kitaran haid.hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan semasa haid .



antibody menyerang~~~dalam kes yang jarang berlaku ini ,tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibody yang akan menyerang sel gamet(telur dan sperma).kes di mana antibodi menyerang sperma lelaki lebih banyak berlaku .disebabkan itu sel sperma lelaki tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

masalah rahim~~~fibroid rahim adalah ketumbuhan rahim yang sering terjadi kpd wanita.ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim(tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk drpd lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim.ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa sakit.pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenal pasti punca masalah.

UNTUK LELAKI
============
sperma tidak matang~~~masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma  normal yang bergerak bebas dan mencukupi.kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca drpd jangkitan kuman semasa kanak-kanak.pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada  masalah kualiti sperma yang rendah.penyebab lain adalah gangguan hormon,tekanan perasaan,faktor alam sekitar,masalah keturunan seperti kerosakkan pada genetik.jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma tetapi ia hanya bersifat sementara.analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

gangguan pengakutan sperma~~~dalam 4% daripada kes-kes ketidaksuburan lelaki,air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat.

antara rawatan yang ditawarkan untuk masalah di atas antaranya adalah:

~~INTRAUTERINE INSEMINATION(IUI).
~~INVITRO FERTILISATION (IVF).
~~INTRACYTOPLASMIC SPERM INJECTION(ICSI).

selepas 6 bulan mencuba untuk hamil namun gagal!!!! anda dan suami harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.jangan saling menyalahi antara suami atau isteri...



~HOT POST~~
~~nak hamil?? GLA COM boleh bantu!!!klik sini.
~~nak anak soleh???klik sini.
~~ketahui info lagi menarik sila like page>>MAMA sihat baby ceria

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~