Pages

Tuesday, 8 January 2013

MEMAHAMI KENIKMATAN "CINTA" YANG SEBENAR~~~

assalamualaikum,,,,alhamdulillah ,,,,akhirnye dapat ugak update blog ni kerana hari ini terlalu sibuk uruskan anak dan somi,,,siapa kate suri rumah tak bekerja???jangan pandang sebelah mata pada orang yang bergelar suri rumah kerana tanpa kami rumah akan jadi "tunggang langgang" heheh tak percaya cube la,,,,,(lain la kalu ade bibik)....

malam ni nak citer tentang tips nak cipta kunci kebahagiaan rumah tangga,,,tiada siapa pun nak rumah tangga terputus ditengah jalan kan,,,setiap orang inginkan kebahagiaan,,,melayari episod cinta di alam perkahwinan membahagiakan .maklum sahajalah,masih berada di fasa bulan madu.semuanya indah belaka lebih-lebih lagi  kekasih idaman hati berjaya dimiliki .tetapi lumrah kehidupan pasti ada pasang surutnya begitu jugalah halnya dalam rumah tangga.satu demi satu uijan harus ditempuhi dengan hati yang tabah malah di kala itulah baru terasa betapa beratnya tanggungjawab yang bergalas di bahu.

 baik suami atau isteri kedua-duanya harus bijak menangani situasi ketika melayari bahtera cinta di awal perkahwinan ,mungkin di peringkat awal ,belang masing-masing masih belum terserlah tetapi menginjak ke fasa seterusnya barulah terserlah sikap yang sebenar.mana hendak melayan pasangan merajuk ,mengharap keinginan dipenuhi dan macam2 lagi,,sukar tapi di sebalik kesukaran inilah lahirnya kemanisan ,bagi mengetahui cara terbaik untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga,ikuti beberapa tips yang di sediakan,,,,:)

1)menjaga hubungan dengan sang pencipta alam
peratusan pasangan yang sering mengalami pergolakkan rumah tangga lazimnya disebabkan oleh "renggangnya" hubungan dengan ALLAH SWT .rapuhnya pegangan agama membuatkan pasangan mudah hilang arah untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku.menjadikan allah sebagai rujukan dan pergantungan adalah kunci kepada segala kebahagiaan.

2)dapatkan restu keluarga
jangan terlalu mengikut kata hati .memanglah anda mengidamkan untuk hidup bersama kekasih tercinta tetapi takkanlah sampai membelakangkan orang tua(betul tu,,ikut pengalaman sy sendiri sy kawin pun atas dasar pilihan keluarga,,bercinta lepas kawin lebih best dari sebelum kawin )ingat restu mereka sangat penting untuk kebahagiaan yang sangat didambakan dalam sesebuah rumah tangga.


3)usaha untuk dapatkan persetujuan keluarga.
sekiranya anda telah mendirikan rumah tangga tetapi masih belum mendapat persetujuan keluarga maka usahakanlah.jangan sesekali berputus asa atau ego untuk mendapat redha mereka.redha mereka bereerti redha dari allah taala.

4)cari titik serasi.
hubungan yang intim adalah daya penarik dalam sebuah rumah tangga.pasangan yang serasi mempunyai peribadi yang berlawanan ,di mana kedua-duanya akan belajar untuk saling melengkapi serta menerima apa sahaja kekurangan mahupun kelebihan yang ada.

5)bijak dalam berkomunikasi.
sebagai isreri ,wanita tidak lepas daripada perasaan ingin dimanja dan dibelai oleh pasangannya kalau boleh setiap hari,sebab itulah jika sehari suami gagal berbuat demikian ,maka isteri mudah berasa dirinya dipinggirkan ingat tu suami-suami!!!!.berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pakar motivasi  terkenal Dato' Dr Fadzilah kamsah ,80% pergaduhan yang tercetus dalam rumah tangga berpunca dari kurangnya tindak balas terhadap komunikasi .jadi jalan terbaik yang boleh dilakukan bagi menangani hal sebegini ialah dengan menegur suami secara baik pada masa yang benar-benar sesuai .

6)Baiki setiap kelemahan.
lelaki dilahirkan dengan dua personaliti yang berbeza.sekiranya berlaku perselisihan faham dan suami kelihatan seperti dingin untuk melayan karenah pasangannya maka jelaslah bahawa dia tidak menyenangi sikap anda.berbeza waktu bercinta,semua yang dilalui indah-indah belaka .tetapi lepas sahaja berkahwin segalanya berubah serta merta .jangan mudah menyalahkan keadaan tetapi cerminlah diri terlebih dahulu .mungkin ada yang berubah hinggakan si dia berkecil hati.dalam hal ini berhati-hatilah serta cari lah kelemahan yang ada.kalau boleh,kembalikan semula "keagungan cinta" zaman berpacaran dan semarakkan dalam ikatan perkahwinan.........itu sahaja,,,,jadi jangan ambil remeh dalam soal rumah tangga ini ,,,


nak tahu cara lebih "semarakkan lagi hubungan suami &isteri???

JOM KLIK SINI ;)......

atasi masalah sakit sendi,sakit belakang,,hadiahkan buat ayah ibu tersayang!!!

JOM KLIK SINI ;)....


~~~nak tahu info lebih lanjut~~~
sila like page ini>>>MAMA sihat baby ceria!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~