assalammualaikum,,,
kita bertemu lagi pada pagi sabtu ni,,,,moga ibu-ibu ceria di hari minggu sebegini,,,tentu ramai yang ingin meluangkan masa bersama keluarga terutama bersama anak-anak kan?setiap hari bekerja dan hanya hujung minggu sebegini dapat bermesra dengan mereka jadi hargailah setiap detik ini,,,,,
dalam pada kita nak anak yang soleh/solehah ni kita sendiri pun kene soleh/solehah juga ye hihi,,,sy hairan lihat kebanyakkan ibubapa sekarang nak anak jadi "soleh" tetapi ibubapa sendiri tidak dapat menjadi "soleh" lagi,,,oleh itu jom kita sama-sama jadikan diri kita "soleh" dulu baru lah anak-anak akan mencontohi kita kerana mereka merupakan pengikut setia kita,,,,dalam setiap langkah kita mereka memerhatikan,,,,
ok di sini sy nak kongsikan tips panduan dalam mendidik anak,,jom share agar manfaat yang diperolehi sedikit sebanyak dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang diredhai allah swt.
1-jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2-jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita,nanti anak jadi bertambah degil dan nakal.
3-rotan/pukul anak ditelapak kakinya,secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsangke bahagian otak.
sabda rasulullah s.a.w
"berguraulah dengan anak mu kala usianya satu hingga tujuh tahun,berseronok dengan mereka,bergurau hingga naik atas belakang pun tidak apa,jika suka geletek,kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.lepas tujuh tahun hingga 14 tahun kita didik dan ajar anak,kalau salah pukullah dia(sebagai pengajaran)"
4-mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri,(dalam islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5-berikan anak anda pelukkan setiap hari .(kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
6-pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengn persekitaran).
7-berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikkan.(berilah pujian,pelukkan,ciuman,hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikkan yang dilakukannya).
8-janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9-apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga ,pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar,masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali).
10-di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak ,janganlah tuan/puan mengeluh.keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11-dengarlah cerita anak anda ,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajarkan anak anda tentang giliran untuk bercakap).
12-tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13-tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .mereka akan menirunya.
14-buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.keunikkan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.(anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15-kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan kali pertama belajar.mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih dairpada sekali.
16-luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak anda apabila berjalan dengan mereka.mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17-dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18-hargailah permainan kesayangan anak anda.mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19-janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20-terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
21-janganlah selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22-anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.bagaimanapun dengarilah mereka ,dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah terasa sunyi,anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"ANAK -ANAK IBARAT KAIN PUTIH.IBUBAPA LAH YANG MENCORAKKNNYA MENJADI YAHUDI,NASRANI ATAU MAJUSI"
~ketahui 8 tips didik anak makan secara sihat klik sini...
~anda sudah bergelar atau bakal bergelar ibubapa klik sini
No comments:
Post a Comment