MULA SEGERA!!!
sesegera yang mungkin selepas melahirkan bayi ,anda perlu melakukan senaman lantai pelvis.mungkin pada mulanya anda berasa kekok kerana tidak biasa melakukannya.ketahuilah senaman ini sangat bermanfaat dalam membantu anda memulihkan perineum dan faraj.menghalang masalah kebocoran urin,meningkatkan aliran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka selepas melahirkan.
pada hari atau minggu pertama melakukan senaman ini,anda tidak akan dapat merasakan sebarang gerakkan di bahagian otot-otot lantai pelvis.jangan khuatir kerana keadaan sebegini adalah normal.ia berlaku akibat drpd saraf yang terlibat terlalu longgar.walaupun tiada sebarang gerakkan dirasai ,yakinilah senaman yang dilakukan itu tetap berkesan.teruskan melakukan senaman ini secara teratur agar hasil yang bakal diperolehi memberangsangkan.
sementara itu anda digalakkan untuk melakukan senaman ini dalam keadaan berbaring.ada juga yang berpendapat senaman yang dilakukan secara mengiring pun menampakkan keberkesanannya.apa yang penting ,tidak kira apa juga posisi yang dipilih ,anda perlu melakukannya dalam keadaan tenang.
JOM KITA PELAJARI TEKNIK YANG BETUL SENAMAN INI
============================================
~sama ada dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring atau mengiring ,jarakkan sedikit kedudukan kaki anda agar otot-otot paha,punggung dan abdomen dapat direhatkan.
~kemutkan otot-otot dipermukaan hadapan dan belakang anda.gerakkan otot berkenaan ke atas.
~jangan tolak otot kebawah sebaliknya kemut dan tolak ke atas.
~ulanginya sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.
~sebaik-baiknya lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali sehari.
~ketika melakukan senaman ini ,jangan ketatkan otot-otot perut,punggung dan paha.
dinasihatkan agar anda tidak melakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama.anda boleh menambah bilangan senaman ini secara beransur-ansur.
peringatan !!! melakukan senaman lantai pelvis secara tetap dan paling bagus secara berterusan sangat penting! senaman ini telah terbukti secara secara langsung dapat menguatkan kembali otot lantai pelvis anda!!!
fakta menarik perlu diambil tahu ialah jika sering mengalami masalah "kebocoran" ketika bersin atau batuk,anda bakal mendapat manfaat besar drpd amalan senaman lantai pelvis ini.ia berupaya menguatkan otot-otot yang terlibat dalam masalah lemah kawalan kencing.seharusnya anda mula mengamalkan senaman lantai pelvis ini sejak awal usia kehamilan.hal ini kerana ,senaman ini membantu anda menampung berat kandungan.ketahuilah bahawa jika otot lantai pelvis anda berada dalam keadaan yang baik sebelum melahirkan ,otot tersebut berkemungkinan besar akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.
setelah meningkat usia,amat penting untuk anda memastikan otot pelvis sentiasa kuat.hal ini kerana apabila tidak lagi didatangi haid(menopaus) otot-otot mula berubah.jadi otot lantai pelvis yang sedia lemah akan menjadi lebih lemah.
bagi ibu yang ceasarean ,,anda tetap perlu melakukan senaman lantai pelvis.hal ini kerana kehamilan telah membebani lantai pelvis.pada masa yang sama hormon kehamilan turut melonggarkan bahagian berkenaan,ditambah pula berat dengan berat bayi yang menambah regangannya.berita baik untuk anda!!! adalah lebih mudh untuk melakukan senaman ini disebabkan lantai pelvis tidak akan terasa sakit kerana saraf-saraf dibahagian berkenaan tidak terjejas!!!.jika anda betulll menyayangi rumahtangga anda jom kita amalkan senaman lantai pelvis ini!!!.
nak AURA lebih bersemarak lagi hubungan suami &isteri klik sini yer....
No comments:
Post a Comment