sempena tahun baru ini,pasti yang impiannya anda mahu menjadi ibubapa yang hebat terutama bagi yang baru mendapat cahayamata pertama.sesungguhnya untuk melakukan penjagaan bayi yang baru lahir bukan sesuatu yang mudah kerana badannya masih kecil,kulit yang sensitif,risiko mendapat kolik dan tangisannya yang membuatkan anda cemas...tapi jangan bimbang malam ni sy nak share 6 panduan asas penjagaan bayi yang mesti anda tahu untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat dan selamat.
1)memegang bayi baru lahir~
menyokong bahu dan kepala bayi.pegang kepala bayi apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.jangan menggoncangkan bayi baru lahir walaupun sedang bermain dan menangis.jika terlalu kuat akan mengakibatkan pendarahan dalam otak dan risiko kematian.jika mahu membangunkan bayi ,jangan menggoncangkan badannya.sebaliknya sentuh dengan lembut kaki atau dagunya.
2)sentuhan~
sentuhan adalah aspek penjagaan untuk bayi yang amat penting untuk satu jam pertama dan selepas kelahirannya.sentuhan ini mampu memberi kesan emosi yang menenangkan bayi anda.mulakan sentuhan dengan memegang tangan,mengusap badannya dan kepalanya.biarlah bayi di riba anda atau dalam dakapan anda.kajian mendapati sentuhan secara urutan mampu menolong bayi membesar.dapatkan cara urutan yang betul untuk bayi kerana kulit sensitif dan tulang bayi masih tidak kuat seperti orang dewasa.
3)memakai lampin~
apa jua pilihan sama ada menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden,anda harus pastikan ia sesuai dengan kulit bayi anda.semasa memakai lampin anda perlukan perkara berikut:
-lampin yang bersih
-ubat anti ruam(jika bayi alami ruam)
-bekas berisi air suam
-bebola kapas
-minyak anti kolik(untuk mengelak perut bayi kembung)
-kain bersih untuk mengelap
-jika ruam lampin berlaku,ia biasanya terdapat kesan merah pada bahagian kulit bayi.jadi mandi menggunakan air suam,sapu dengan sedikit krim anti ruam dan sentiasalah menukar lampin bayi anda.
4)memandikan bayi~~
bagi bayi yang baru lahir,cukup memandikan bayi dua kali sehari iaitu pagi dan petang.ketika memandikan bayi pastikan udara bilik tidak terlalu panas atau sejuk.tanggalkan baju dan lampin,kemudian lap muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya.seterusnya basuh kepalanya dengan air bersih.jika perlu gunakan syampu bayi untuk membersihkan kepalanya.gunakan kapas bagi membersihkan bahagian yang berlipat seperti belakang telinga,bawah ketiak,keliling leher,betis,tangan dan kemaluannya.bagi bayi baru lahir yang masih belum tanggal lagi tali pusat,sapukan bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya.
5)penyusuan dan sendawakan bayi~~
penyusuan susu ibu amat penting untuk bayi membesar dengan sihat.secara umumnya bayi akan menunjukkan reaksi menangis,memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising jika lapar.bayi yang baru lahir memerlukan tempoh antara 2 atau 3 jam untuk menyusu.jika menyusu susu ibu ,bayi memerlukan 10 hingga 20 minit untuk setiap kali penyusuan.selepas menyusu bayi perlu disendawakan untuk mengelak mengalami kolik(perut kembung).ini kerana bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang membuatkan bayi berasa tidak selesa .jadi selepas penyusuan ,sendawakan bayi anda.terdapat beberapa jenis teknik untuk sendawakan bayi anda:
~pegang bayi dan sandarkan kepala bayi pada bahu anda.sokong bahagian belakangnya sambil mengusap dengan lembut belakangnya.
~dudukkan bayi diriba anda.pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan.kemudian usap secara lembut belakangnya.
~meniarapkan bayi ke bawah di paha anda dan usapkan bahagian belakangnya.jika bayi masih belum sendawa selepas beberapa minit,cuba teknik ini sehingga 10 sehingga 15 minit.pastikan dia sendawa dan bayi anda akan tidur dengan lena.
6)menidurkan bayi~~
tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir ialah sehingga 16jam sehari atau lebih.bayi yang baru lahir biasanya akan tidur 3hingga 4 jam dalam satu masa.jika bayi tidak bangun dalam tempoh itu,bangunkan bayi untuk menyusu.ia mengelakkan perut bayi masuk angin.
semasa tidur terutamanya malam ,alihkan posisi kepala bayi iaitu mula ke kanan,kemudian ke kiri dan seterusnya .ia untuk mengelakkan kepala bayi leper sebelah.
semasa tidur sentiasalah melihatnya keadaannya untuk memastikan bayi tidur dengan selamat.ia juga untuk mengelakkan risiko sindrom kematian mengejut(SIDS).jika bayi baru habis menyusu,masih belum sendawa dan terus tertidur,jangan tinggalkan bayi terus bersendirian.tunggu seketika kerana bayi mungkin berisiko memuntahkan susu kembali.jika perlu tidurkan bayi dalam posisi baring mengiring dengan bantal sedikit tinggi.
*******************************************************************************
TAHUKAH ANDA????
bayi biasanya akan kehilangan lima hingga tujuh peratus berat badan yang asal beberapa hari selepas dilahirkan.kehilangan berat badan berpunca kehilangan air dan proses penyesuaian bayi terhadap persekitaran yang baru.penambahan berat badan akan bertambah selepas beberapa hari apabila bayi mula menyusu susu ibu.saiz badan bayi lelaki biasanya lebih besar berbanding dengan bayi perempuan.
jangan biarkan bayi menangis terlalu lama.bayi menangis disebabkan oleh lapar,mengantuk,ingin sendawa,memberitahu ada sesuatu yang tidak kene dengan dirinya seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat dan tidak selesa lampin basah juga bayi menangis hanya kerana ingin dipegang,di dukung,di belai atau di beri perhatian.
untuk ketahui maklumat lanjut sila like page ini>>MAMA sihat baby ceria ;)....
selepas bersalin ramai ibu-ibu yang tidak mengambil berat tentang lantai pelvis sila kliksini untuk ketahui cara menjaga lantai pelvis.
kredit by:Ain naina
No comments:
Post a Comment