Pages

Thursday, 31 January 2013

TIPS PERSIAPAN MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK DARI SEGI SPIRITUAL

Assalammualaikum...setelah 3 hari demam panas,,alhamdulillah pada pagi ini dapat juga sy kembali ber blog lagi,,,,,,kali ini sy nak share tentang persiapan ibubapa yang bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi,,,,.


1-perlakuan ,perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ayah dan ibu amat mempengaruhi pembentukkan anak yang dikandung.

2-bagi yang beragama islam,lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibubapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia  kelak.

3-sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar,bersikap baik dengan jiran ,menghormati ahli keluarga dan teman2.tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4-banyakkan mengingati allah dengan memohon ampun dan taubat supaya allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.

5-cuba banyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat,puasa sunat terutamanya isnin dan khamis serta melakukan kebajikan.

6-amalkan doa bagi memohon kepada allah agar mengurniakan zuriat yang sihat,sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ayah dan ibu.

7-elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa asmara.

8-fahami perubahan fisikologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.

9-gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa..emosi yang tenang dan bahagia merupakan ransangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat,pintar dan cergas.


10-hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa dan mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang yang bakal dilahirkan.

11-istighfar iaitu memohon keampunan kepada ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutamanya setiap kali selepas solat fardhu.

12-jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan bapa .makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kita.

13-banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

14-layanan suami yang prihatin terhadap isteri isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruhi perkembangan sihat janin yang dikandung.

15-memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.

16-niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada kita.

17-orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa redha dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutamanya ketika sedang hamil.

18-perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukkan dengan banyakkan melakukan sujud syukur pada ALLAH.

19-banyakkan membaca al-quran ,berzikir dan berdoa memohon keselamatan sepanjang mengandung dan dimudahkan bersalin.

20-tutur kata suami dan isteri perlu dijaga.sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang emosi anak yang dikandung.

21-jauhilah diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dan di galakkan.oleh itu suami isteri hendaklah menjauhi tempat2 maksiat seperti pesta2 hiburan,kelab malam,konsert2 yang bertentangan dengan islam dan sebagainya.

22-akhir sekali yakinlah dengan nikmat yang allah berikan kepada wanita hamil dan saat melahirkan....



~nak tahu cara mudahkan bersalin  tanpa perlu di episiotomi???klik sini~

~teknik yang betul ketika bersalin~klik sini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~