Ada 9 hadiah yang akan membuat pasangan gembira,,,"hadiahnya" tersangat indah,,,,
hadiah ini merupakan tanda cinta pasangan tersebut,,jom kita amalkan ,,,,,
~hadiah mendengar~
ini merupakan hadiah yang mudah diberi dan diperolehi,berikan shj kepada yang memerluka dan anda pula hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataknnya.seelok-eloknya jangan mencelah ketika pasangan sedang berbicara ,lebih-lebih lagi jika ia membabitkan hal serius.
~hadiah tanda kasih~
hadiah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan.secara peribadi sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan .bagi anda jangan kedekut untuk memberikan pelukkan,ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda.
~hadiah sehelai nota~
nota ringkas seperti "saya sayang awak" atau sesuatu
yang kreatif seperti sebuah puisi.kalau boleh letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti dipoket baju ,depan cermin kereta atau dalam kasut.ia adalah cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang anda padanya.
~hadiah ketawa~
hadiah ketawa paling mudah dilakukan namun anda harus pandai membuat pasangan anda ketawa jangan tersilap sehingga dia menganggap seperti lawak bodoh.berikan kepadanya sesuatu yang lucu seperti gambar kartun atau artikel lucu.
~hadiah puji-pujian~
puji-pujian merupakan satu perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan oleh pasangan.tidak kira suami atau isteri amat sukar memuji pasangannya.tidak biasa alasan yang diberi,cuba praktik sekarang dan ia akan menjadi amalan harian anda.
~hadiah bantuan~
hadiah ini paling disukai oleh isteri terutamanya.bantulah pasangan di rumah jika ada kelapangan.memang mereka tidak meminta tetapi lebih elok hulurkan shj bantuan yang memang sangat diperlukan.
~hadiah bersendirian~
ada ketikanya kita tidak mahu diganggu dan mahu bersendirian.anda perlu peka dengan situasi ini dan biarkan dia bersendirian seketika.jika emosinya tidak bagus,jangan diganggu dan mempertikaikan mengapa dirinya tidak dapat melayan anda.
~hadiah keceriaan~
ia adalah hubungan yang sangat perlu dalam rumah tangga,tanpa keceriaan,perhubungan akan hambar dan tidak ceria.cubalah sentiasa ceria bersama orang yang dikasihi.
~hadiah doa~
anda jiga digalakkan memberi hadiah doa kepada pasangan .tidak kira di mana jua pasangan berada dan doakan agar dia berada dalam kesejahteraan,ini adalah hadiah paling bernilai dan penting dari hadiah lain.
**berikan cinta dan hadiah yang terbaik buat pasangan kita**
maklumat lanjut sila ke page>>MAMA sihat baby ceria
No comments:
Post a Comment