Pages

Tuesday, 1 April 2014

TIPS KEKAL LANGSING WALAUPUN ANDA TIDAK BEKERJA

Assalammualaikum.....
anda suri rumah atau ibu /wanita yang berkerjaya ?? jom meh baca sekejap ye ;-)

kesibukkan wanita kerjaya membolehkan sedikit sebanyak tubuh anda bergerak,malah bagi yang memang selalu punya tugasan di luar ketika bekerja ini juga menjadi alasan untuk tidak bersenam.kalau sudah selalu bergegas ke sana ke mari secara tidak langsung itu juga satu bentuk senaman untuk tubuh.

Tapi bagaimana jika suami minta anda menumpukan perhatian pada anak dan keluarga sekaligus berhenti kerja.ini bermakna ,selain harus melepaskan kerjaya ,tubuh anda juga tidak lagi secergas seperti ketika anda bekerja.

jika dulu rutin anda memang penuh,bangun awal pagi menyediakan sarapan dan mungkin makanan tengahhari untuk suami dan anak-anak ke sekolah ,sebelum bergegas ke bersiap ke pejabat.di pejabat ,sibuk meniliti jadual  kerja,menyiapkan tugasan-tugasan ,membentangkan kertas kerja,mesyuarat dan sebagainya.

pulang ke rumah pula,perlu menyediakan makan malam,mengemas rumah dan melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah.lewat malam barulah dapat berehat melelapkan mata.rutin serupa itu akan berulang kembali keesokkan harinya .jadi di mana masa untuk bersenang-lenang tanpa sebarang aktiviti kecuali di hari cuti?
sebab itu ada di antara wanita dan isteri agak bingung memikirkan kesudahan mereka apabila terpaksa berhenti kerja.sebahagian daripada gaya hidup aktif mereka tidak lagi berjalan seperti biasa ,memungkinkan bentuk tubuh tidak lagi kelihatan menarik dan langsing seperti sebelum ini.bagi anda yang agak buntu memikirkan cara yang baik untuk mengatasinya ,panduan berikut sedikit sebanyak boleh membantu anda ...jom ikuti tips di bawah --->>

-->> SEDIAKAN JADUAL LATIHAN GERAK~~
jika sudah terbiasa aktif ,jangan bimbang,sediakan jadual latihan gerak ini.pasti mudah untuk anda ikuti memandangkan anda sememang sedia aktif sebelum ini.lakukan latihan ini setiap hari dengan tempoh masa tertentu,tetapi pastikan anda sudah mula menyediakan jadualnya sebelum berhenti bekerja lagi.

pastikan juga anda tidak berehat terlalu lama selepas berhenti kerja.cuba mulakan latihan ini dua atau tiga hari selepas anda berhenti kerja supaya gerak kerja anda yang aktif sebelum ini tidak merosot.fokus untuk terus kekal sihat dan cergas demi kelangsingan serta kesihatan tubuh badan.

-->>MEMASAK MAKANAN SEGAR~~
pastinya ini bukan lagi masalah untuk anda.anda kini menjadi suri rumah sepenuh masa.kekalkan rutin anda yang satu ini .jika di lihat dari sudut positif ,kini anda lebih mempunyai banyak masa menyediakan makanan yang lebih segar dan menyihatkan.mungkin ketika anda bekerja dahulu anda terpaksa menyediakan makanan yang segera  contohnya tepung penkek segera sebagai menu sarapan pagi anda sekeluarga.kini anda punya banyak masa untuk menyediakan menu sarapan yang lebih menyihatkan bukan? tentu lebih segar dan enak dinikmati bersama keluarga.


--->>BERGAUL~~
sesekali ambil masa terluang anda untuk bergaul dengan rakan-rakan atau jiran-jiran terdekat.tetapi pastikan jiran yang dimaksudkan adalah jiran yang baik.bukan sekadar jiran  yang tahu bergosip sahaja.bergaul di kalangan jiran dan rakan yang turut mementingkan penampilan dan penjagaan kesihatan adalah lebih baik.jangan pula nanti apabila sudah tidak bekerja ,penampilan berubah sehingga tidak lagi dijaga rapi .inilah masa terbaik untuk anda menjaga diri ,kesihatan dan kelangsingan tubuh badan ,masa anda begitu banyak terluang bukan? ajak rakan-rakan dan jiran sama-sama melakukan aktiviti seperti senaman,aerobik dan sebagainya.

-->>LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL 
Di waktu petang,ambil masa untuk beriadah bersama anak-anak .didik anak-anak duduk di rumah dan lakukan aktiviti bersama seperti berbasikal,berjoging di taman permainan atau padang bola atau mungkin boleh juga berkebun di halaman rumah.pelbagaikan aktiviti supaya anak-anak lebih seronok untuk meluangkan masa di rumah berbanding bermain di luar.lebih menyeronokkan bukan? anak-anak tidak terbiar dan berpeleseran di luar,malah dalam masa yang sama anda dapat membakar kalori untuk kekal langsing....best kan? 

Nak dapatkan set slimming terbaik dan semulajadi ? KLIK SINI..

Anda suri rumah tapi nak bantu suami tambah pendapatan?? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~