Pages

Monday, 23 December 2013

KENALI 7 KOMPLIKASI KEHAMILAN

Assalammualaikum....harap semua dalam keadaan sihat,,,,buat mommy's yang sedang hamil jagalah kesihatan anda sebaik mungkin..elakkan perkara yang akan membawa kemudaratan pada diri dan kandungan anda okkk!!!!
Kenali 7 Komplikasi Hamil

Bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada banyak risiko komplikasi.

►Keguguran
Ia merupakan kehilangan kandungan ketika 20 minggu pertama kehamilan. Lebih 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada ketidaknormalan kromosom dalam telur yang menghlang embrio daripada berkembang. Pendarahan adalah tanda awal keguguran janin.

►Kelahiran pramatang
Jika anda mula merasai sakit kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.

►Praeklampsia
Anda disahkan mendapat praeklampsia jika tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh memberi kesan kepada banyak organ dan menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat.



►Air ketuban kurang (oligohydramnios)
Sarung ketuban dipenuhi air yang dapat melindungi dan menyokong bayi yang membesar. Apabila kurang air ketuban, ia dikenalisebagai masalah oligohydramnios. Biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia terjadi di akhir kehamilan, doktor akan melakukan induce ke atas bakal ibu untuk mempercepatkan kelahiran. 

►Gestational diabetes/Diabetis kehamilan
Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi. Ramai wanita dapat mengawal paras gula dalam darah dengan diet dan senaman serta melahirkan bayi yang sihat. Tetapi masalah diabetis yang tidak dikawal membawa masalah serius kepada bayi. Ibu yang mendapat diabetis ketika hamil berisiko sebanyak 25 hingga 50 peratus peluang mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

►Kehamilan ektopik
Apabila telur disenyawakan di luar rahim, ia akan berlaku kandungan ektopik. Kandungan ini perlu dikesan dengan cepat kerana embrio yang membesar boleh memecahkan tiub Fallopio ibu dan menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut. oleh kerana tiada cara untuk memindahkan kandungan ini ke dalam rahim, menamatkan kandungan adalah jalan terbaik.

►Placenta previa
Jika anda mempunyai masalah placenta previa, uri anda biasanya berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Ia bukan masalah di awal kehamilan. Tetapi jika plasenta kekal di bawah bila kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan yang menyebabkan lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Wanita yang terus mempunyai masalah uri di bawah sehingga detik melahirkan, perlu bersalin secara pembedahan caesarean.


Apapun yang berlaku berjumpalah dengan doktor anda segera untuk dapatkan kepastian tentang masalah yang dihadapi. Disamping berdoa dan berserah kepada Allah agar diselamatkan kandungan anda daripada perkara yang tidak diingini. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~