Pages

Saturday, 3 May 2014

5 AMALAN SIHAT YANG SALAH??

Assalammualaikum.. hai apa khabar? macam dah lama tak menjenguk blog ku ini...huhuhu...biasanya orang sharing tentang perkara baik tapi kali ini sy nk share tentang sesuatu yang lain huhuhu.....

tidak semua usaha dan amalan sihat yang anda lakukan selama ini merupakan cara yang tepat.terdapat beberapa amalan sihat yang sering diamalkan didapati salah dan boleh membahayakan kesihatan ..... eh macam na tuuu???

~ MENGHINDARI MATAHARI ~
Tubuh memerlukan vitamin D untuk membuat tulang agar tetap sihat dan mencegah penyakit(alaa mcm ostematrik yang kaya vitamin D tu).. dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita.satu-satunya cara untuk mendapatkan vitamin D adalah melalui pendedahan terhadap cahaya matahari...jadi jika surirumah macam sy nak dapatkan vitamin D ni mudah aje...rajin-rajinlah keluar duk luar rumah time tu huhu sambil jemur pakaian ke membasuh ke...huhuhu..

~MENGGUNAKAN SABUN ANTIBAKTERIA~
Sabun dan gel antibakteria memang praktikal untuk dibawa di dalam beg tangan atau kenderaan anda,namun jangan terlalu taksub dengan sanitasi kerana ia boleh melemahkan kemampuan tubuh untuk melawan bakteria.sebenarnya mencuci tangan dengan air hangat dan sabun 20 saat juga mampu melindungi anda daripada bakteria.

~BERGANTUNG PADA PENGHAWA DINGIN~
Setelah keluar berpanas di luar rumah ,pastinya lebih menyamankan bila dapat berehat di ruang yang mempunyai penyaman udara.tetapi jangan hanya duduk seharian di ruang berhawa dingin ,ini kerana ruang berhawa dingin mengandungi semua jenis partikel debu.
 oleh itu setiap beberapa jam ,cubalah matikan penghawa dingin anda dan buka tingkap untuk menikmati udara segar.cuba berjalan-jalan di luar dan menghirup udara segar.jika anda bekerja di pejabat yang tiada tingkap ,bawalah baju hangat untuk menjaga suhu tubuh ketika keluar dari pejabat.

~MAKAN MAKANAN ORGANIK~
Makanan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memang mahal.namun makanan ini sebenarnya juga belum benar-benar masak.tidak perlu makan makanan organik untuk menjadi sihat,anda boleh nikmati buah-buahan sederhana seperti rendah gula,natrium dan karbohidrat olahan.


~OLAHRAGA BERLEBIHAN~
Tubuh dan fikiran tidak memerlukan lebih dari 3-4 kali latihan kardio selama 30 hingga 45 minit seminggu.tiidak perlu olahraga yang berat ,tetapi anda boleh juga pelbagaikan olahraga versi santai ,ringan dan menyenangkan seperti renang,tenis,golf ataupun aerobik.

~SUMBER~
selamat mencuba,,,walau apapun kita lakukan ,,,lakukan lah dengan cara sederhana ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~