Pages

Saturday, 10 May 2014

DOA MURAHKAN REZEKI

Assalammualaikum... Tips Amalan Murah Rezeki
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (QS. As-Saba' : 39)

PENCERAHAN :
Semua orang mahukan rezeki yang murah, melimpah-ruah dan berkat. Istilah 'mahukan' samalah dengan istilah hendak, ingin dan seumpamanya. Memang semua orang nak tetapi persoalannya ialah berapa ramai yang sanggup memberi. Contoh sedekah, sedekah adalah salah satu cara memurahkan rezeki kita. Kalau kita nak RM10,000,00 beranikah kita sedekah RM1,000.00 ? Amacam?

Sebenarnya semakin banyak yang kita keluarkan dijalan Allah semakin banyak yang Allah SWT akan beri kepada kita balik. Kena yakin, tapi harus diingat tak semestinya Allah akan bagi balik dalam bentuk RM juga. Mungkin Allah akan beri dalam bentuk yang lain pula tanpa kita sedari seperti ketenangan, kesihatan, anak yang pintar dan soleh, keluarga yang sakinah dan macam-macam lagi yang sebenarnya nilaiannya lebih tinggi daripada yang kita jangkakan. Contoh 'ketenangan', ada tak ketenangan dijual dimana-mana?

Tapi kalau kita kedekut, bakhil, Allah akan bagi balasan juga dalam bentuk lain pula atau Allah akan tarik rezeki (ambil balik) dari kita dalam keadaan tanpa kita sedari. Contohnya, kesakitan, kereta rosak, paip sinki yang selalu bocor dan macam-macam lagi yang perlukan kos yang tinggi untuk pembaikannya. Atau dalam bentuk yang lain seperti tiada sakinah dalam rumahtangga, keluarga yang berantakan dan seumpamanya.

Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Di antaranya ialah;

1) Beribadah Kpd Allah.

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (HR: Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

2) Banyak Beristighfar.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (HR: Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

3) Jauhi Dosa.

Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(HR: at-Tirmizi)

4) Mengingati Allah.

“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)


5) Berbakti Kepada Ibu bapa.

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (HR: Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani)

6) Mendoakan Ibu bapa.

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (HR: al-Hakim dan ad-Dailami)

6) Menolong Orang Yang Lemah.

Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (HR: Bukhari)

7) Penuhi Hajat Orang Lain.

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (HR: Muslim)

8) Menjalin silaturrahim.

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
(HR: Bukhari)

9) Bersedekah.

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(HR: ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

10) Solat Dhuha.

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (HR: al-Hakim)

11) Bersyukur.

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(QS. Ibrahim, ayat 7)

12) Mengamalkan Zikir dan Bacaan Ayat Quran Tertentu.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Membaca dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia akan terhindar dari kepapaan.

13) Bertawakal Kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (QS. at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
(HR: Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah)

KESIMPULAN :
Begitu juga dengan banyak berselawat, buat kebajikan banyak-banyak, berpagi-pagian mencari rezeki, sentiasa berwuduk, Solat Sunat Tahajjud, berdoa dan berikhtiar sehabisnya. Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (QS. at-Talaq, ayat 2-3).

Wallahu a'lam .


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~