Pages

Wednesday 30 October 2013

KENAPA BERTUNGKU SEMASA BERPANTANG ITU PENTING?

Assalammualaikum.....apa khabar semua?? hihi kali ini nak share pasa bertungku..apa itu bertungku? tentu ibu-ibu yang bersalin tahu apa itu bertungku...alhamdulillah sy sudah di ajar bertungku sejak zaman remaja lagi terutama ketika datang uzur,,,,mak kata masa tu lah kita nak buang segala kekotoran dalam rahim kita maka bertungkulah semasa datang haid.

bercerita soal bertungku rasa sedih teringatkan arwah pa sy (panggilan untuk ayah sy)..dia juga tegas dalam soal berpantang ni sebab itu mak sy sentiasa sihat sebab dapat suami yang amat menjaga dia ketika dia berpantang melahirkan adik-adik sy seramai 12 orang..
ME AND MY MOM
Antara pesanan pertama mak pada sy bila hampir bersalin ialah sediakan stokin dan batu untuk bertungku...semasa dalam pantang jika sy terasa tak larat nak bertungku mak sanggup bertungku bagi sy hihihi,,anak sulung manje hihi..

Kenapa pentingnya bertungku ini?
bertungku dan berbengkung adalah asas kepada amalan berpantang bagi ibu baru dalam budaya melayu .sebelum berbengkunh,wanita bertungku.
salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan melayu.rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini akan menggugat kesihatan kelak.jadi tujuan bertungku dan memakan jamu/supplement ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Bertungku juga dipercayai dapat-->>
~memecahkan lemak.
~mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin.
~mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.


Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai,lengkuas,pandan dan kemudian dilapiskan dengan kain.bertungkulah selama sejam tetapi jika masa tidak mengizinkan sekurang-kurangnya setengah jam.tungkukan paha juga.

tidak payah kan bertungku ni? cuma atas kerajinan kita je,,jadi buat ibu yang nak kesihatan terbaik maka bertungku lah..jamu juga boleh di ambil tetapi pilih yang terbaik ....sy hanya mengambil ubat rebus dan vitamin shaklee sahaja...mujurlah ainul tiada kuning.....mak sy turut membuat air kunyit untuk diminum...kene telan ugak hihi..satu lagi yang mak sy pantang sangat nak marah ialah bila sy tidak berstoking,,kata mak sy semasa  dia berpantang dulu selama 44 hari dia berstoking,tidur tidak bagi langsung kene kipas,pakai baju sejuk sokmo..huhu..

jika anda ingin mendapatkan set bersalin shaklee boleh sms/whatsapp 0129773915...

1 comment:

  1. Saya suka bertungku...tq berkongsi info bermanfaat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~