Assalammualaikum...ada ibu atau mommys yang sedang hamil atau merancang nak hamil? jom ceklist apa yang perlu anda ambil ketika ini.....bila hamil tentunya ada sesetengah ibu yang mengalami alahan yang teruk tidak kurang juga yang mengidam makanan yang bukan2 jadi....cukupkah nutrisi yang di ambil setiap hari?
Antara zat yang diperlukan ketika hamil ialah-->>>
Asid Folik~ asid folic dianggap sebagai makanan otak,ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukkan sel darah merah.ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukkan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA,ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan.asid folic sangat penting dalam kehamilan.ia membantu mengatur sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal.asid folic sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.pengambilan sebanyak 600 mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.
Asid folic menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna.ini boleh menyebabkan kerosakkan saraf kekal.
pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda.otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat.oleh sebab itu adalah sangat penting untuk mengambil folid asid setiap hari pada masa itu.
Asid Lemak omega~
omega 3 diketahui merangsang otak.omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukkan sistem saraf pusat janin.kajian menunjukkan gangliosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat.kajian menunjukkan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang paling tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.
Protien~
ketika hamil,badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi.jadi ia memerlukan tambahan protein .ibu2 hamil memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil berbanding waktu lain dalam hidup anda.hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin.ibu hamil memerlukan 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.
Zat besi~
zat besi memainkan peranan penting dalam pengakutan oksigen daripada paru-paru ke tisu.zat besi bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan .ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti.sepanjang kehamilan ,penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi .jika keperluannya tidak dapat dipenuhi ,ibu akan cepat penat dan mudah medapat jangkitan berpenyakit.risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku.keperluan zat besi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.
Kalsium~
kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih 90% bahan keras dalam tulang dan gigi.ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.ia juga untuk pembekuan darah,penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot.peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.sewaktu hamil janin akan mengambil sekitar 25mg-30mg sehari daripada ibunya.pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan .jika bekalan kalsium tidak mencukup janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya .sebab itu ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.
jom dapatkan set ibu hamil di sini -->CLIK SINI..
No comments:
Post a Comment