Pages

Friday 28 March 2014

BAHAYA BERAT BADAN BERLEBIHAN SEWAKTU HAMIL? (BERAT BADAN IDEAL WAKKTU HAMIL)

Assalammualaikum..hai bertemu lagi kita di hari jumaat penuh barakah....ok kali ini sy nak share tips memiliki berat badan ideal semasa hamil....huhuhu...sy pasti semua ibu-ibu yang sedang hamil atau baru hamil pasti terbayangkan bila perut semakin membesar maka badan kita pun semakin "membesar" huhuhu....pengambilan makanan yang betul dan sihat amat penting..

berat badan yang sesuai untuk wanita sebenarnya bergantung kepada berat badan sebelum di sahkan hamil dan bagaimana berat badan itu bersesuaian dengan ketinggian.hubung kait antara ketinggian dan berat dinyatakan dalam kiraan body mass index atau BMI..

Panduan mengenai berat badan sewaktu hamil pernah dijelaskan oleh institut perubatan di amerika syarikat ...antara penjelasannya ::

sekiranya berat badan wanita yang ingin hamil berada dalam keadaan yang ideal dengan kiraan BMI antara 18.5 ke-24.9,wanita tersebut perlu mencapai berat badan antara 11-15 kg.wanita itu perlu memperolehi antara 500 gram ke 2 kg pada trimester pertama dan kira--kira 500 gram setiap minggu.kiraan ini bagi memastikan perkembangan positif dan bayi sihat dalam kandungan.

sekiranya berat badan anda sewaktu hamil tidak bersesuaian dengan ketinggian iaitu antara BMI bawah 18.9,anda perlu meningkatkan berat badan sebanyak 13 ke 18 kg.sebaliknya jika berat badan anda berlebihan dan tidak bersesuaian dengan ketinggian iaitu kiraan BMI25 ke 29.9 anda perlu meningkatkannya sekadar 7 ke 11 kg sahaja.jika annda tergolong dalam kumpulan obes iaitu kiraan BMI 30 ke atas anda hanya perlu meningkatkan berat badan antara 5-9 kg sahaja.

sekiranya anda sedang hamil anak kembar ,sekurang-kurangnya berat badan anda perlu mencapai jumlah 17 ke 25 kg untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.manakala 14 ke 23 kg untuk wanita yang berlebihan berat dan 11 ke 19 kg untuk wanita yang obes...anda boleh juga menggunakan anggaran kiraan berat badan sewaktu hamil (berdasarkan ketinggian dan berat sewaktu pra-kehamilan) dan ketahui bagaimana jumlah berat ini membantu kehamilan anda...

Mengapa menjaga berat badan penting untuk wanita hamil? sewaktu hamil,wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat.jika tidak pasti mengenai menunya rujuk kepada doktor untuk membantu anda mendapatkan satu program kesihatan yang terbaik untuk anda. makan untuk dua oorang tidak bermakna ibu hamil perlu makan sebanyak-banyaknya,sebenarnya anda hanya perlu lebihan 300 kalori sehari untuk mendapatkan kehamilan yang sihat malah sewaktu di awal kehamilan jumlah kalori yang diperlukan hanyalah sedikit sahaja.

**BERPOTENSI UNTUK KEKAL**

Kajian menunjukkan wanita hamil yang memperolehi berat badan yang berlebihan sewaktu hamil berisiko tinggi untuk melalui proses kelahiran secara pembedahan..mereka juga berpotensi untuk kekal berlebihan berat badan walaupun selepas melalui proses kelahiran malah sekiranya mereka hamil semula ,berkemungkinan mereka akan mengalami masalah berat badan berlebihan.
hal ini akan memberi masalah kepada wanita hamil tersebut kerana mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi lain seperti darah tinggi dan pre-eklampsia.


Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan juga berkemungkinan lebih besar sewaktu dilahirkan .jumlah berat bayi ini boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu malah bayi sewaktu proses kelahiran.bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan atau obes juga berpotensi untuk mengalami keadaan ini sepanjang tumbesarannya kelak.

Manakala wanita yang berlebihan berat badan sebelum hamil mungkin mengalami masalah untuk memulakan dan meneruskan penyusuan ibu.pakar menjelaskan antara sebabnya adalah penghasilan susu ibu yang lemah,sukar mendapatkan kedudukan bayi yang tepat sewaktu penyusuan dan masalah ini akan berlanjutan sekiranya wanita tersebut tidak cuba untuk mengawal berat badannya.

wanita yang mengalami kurang berat berat badan sewaktu di awal kehamilan dan sepanjang kehamilannya juga amat berisiko untuk melahirkan bayi pra matang atau bayi kurang berat badan.bayi yang dilahirkan secara pra matang boleh mendatangkan pelbagai masalah malah ia boleh menyebabkan kematian bayi sekiranya dilahirkan terlalu awal.

**TANGANI PERUBAHAN EMOSI**

Peningkatan berat badan ada kalanya sukar untuk diterima oleh sesetengah wanita hamil.terutama bagi wanita yang begitu menjaga berat badannya sebelum ini.tidak salah jika  anda mengalami emosi sebegini ,namun cuba ingatkan diri bahawa setiap pertambahan berat badan adalah amat penting untuk perkembangan kehamilan yang sihat malah berat yang bertambah dapat dikurangkan selepas proses kelahiran.
Melalui proses berpantang yang betuk sama ada anda bersalin normal atau pembedahan,mampu mengembalikan bentuk badan asal anda seperti sewaktu sebelum mengandung .biasanya enam minggu selepas proses bersalin ,ibu akan hilang separuh dari berat badannya.perlu diingatkan sewaktu berpantang ibu perlu ambil makanan yang bernutrisi untuk tubuhnya dan keperluan penyusuan bayinya.jangan pula terus-menerus mengambil makanan yang tinggi kalori.

Pengambilan makanan yang sihat dan supplement juga membantu ibu kekal cergas dan bayi sihat perkembangannya...macam yang di katakan oleh DR.hamid arshat::;;

Jadi pastikan supplement juga dari yang semulajadi bukan sintetik ye........

ingin dapatkan set kehamilan ibu sihat ???

pm/add fb sy:Ain naina boleh terus chat dengan sy ....

1 comment:

  1. Baru tahu bahayanya berat tak terkawal semasa mengandung..
    nak tahu Rahsia kawal berat badan --> RAHSIA KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~