Pages

Tuesday 20 August 2013

KITA MENJADI CERMIN ANAK-ANAK ~~ PERKEMBANGAN ANAK ~~

Assalammualaikum...lama dah tak menjenguk blog kesayanganku ini sejak sibuk dengan raya ni..hihi..bukan senyap sebab apa cuma tiada topik nak share namun kali ini nak share pasal "kejutan yang anak-anak akan berikan pada ibubapa" apa tu...jom layan!!!! 

Anak anda akan berkata"saya sayangkan anda"-->>anda mungkin telah menggalakkan si manja anda untuk menyebut tiga perkataan yang kecil itu pada masa-masa tertentu.walau bagaimanapun ,kali pertama dia menyebut "saya sayang mak atau ayah" tanpa dibantu akan memeranjatkan dan mencairkan hati anda.

Anak anda akan menjadi terlalu besar untuk diriba-->>akan datang satu hari apabila anda tidak dapat duduk dengan selesa apabila anak anda di atas riba ketika anda membaca buku atau menonton tv bersama-sama di atas katil dengannya.walaupun anda mungkin berasa sedih apabila masa ini tiba,anda masih boleh mengerekot di atas katil bersama-sama pada pagi hari yang sejuk dan memeluknya erat dan panjang.

Anak anda mahukan masa untuk bersendirian-->>mungkin sudah menjadi kebiasaan apabila anda kebilik mandi,si manja menunggu di luar pintu.jadi apabila anda tiba-tiba berhadapan dengan keadaan senyap sunyi yang tak pernah berlaku sebelum itu,anda mungkin bergegas keluar untuk memeriksa sama ada semuanya okey.apakah yang akan anda temui? anak anda bermain bersendirian dengan gembira.dia mungkin telah masuk ke biliknya sendiri dan terus menutup pintu...walaupun ini  mungkin menyedihkan anda sedikit ,cuba jangan berasa terlalu kecewa.ini semua sebahagian daripada perkembangannya dalam membentukkan sifat berdikari.

Anak anda akan mengajar anda satu atau dua perkara-->>walaupun anda mendapati diri anda bersusah payah untuk mengingati di mana anda letakkan kunci anda dan apa yang anda telah berikan kepada abang untuk hari jadi pada tahun lepas,anak anda dan mindanya yang tajam itu akan mengingatkan anda,ketika dia mulai tadika dan kemudian memasuki sekolah ,dia juga akan berkongsikan apa yang dia sedang belajar,yang mungkin merupakan perkara2 yang anda telah lupa.


Anak anda akan menyakiti hati anda-->>malangnya,ada kalanya anak anda mengeluarkan kata-kata yang dia tidak maksudkan.jadi sediakan diri anda untuk satu hari nanti apabila dia mengatakan yang dia bencikn anda.dia juga akan memberitahu anda betapa "jahat" anda itu dan apabila dia lebih tua,bagaimana anda "memalukan" dia dan kemudian terdapat juga kata2 harian yang jujur yang sukar didengar"mak,gigi mak kuning!" atau "ayah,nafas ayah berbau busuk!" elok anda bertenang sahaja dan menjelaskan kepada anak anda bahawa menyebutkan perkara2 seperti itu tidak baik dan boleh menyinggung perasaan orang.
Anak anda akan menunjukkan keberanian yang sebenar-->>anak anda akan takut melakukan sesuatu ,mungkin tidur dalam gelap buat pertama kali tapi satu malam kelak anda akan melihat dia dapat mengatasi ketakutannya dan berjaya tidur sepanjang malam.bersedialah untuk merasakan kebanggaan besar.

Anak anda akan membuatkan anda seorang yang lebih baik-->>oleh sebab anda tahu anak anda memerhatikan anda,anda akan mendapati diri anda kurang menyumpah,menjadi lebih berbaik terhadap orang lain,mungkin juga meningkatkan imej tubuh kepada yang lebih positif,nikmatilah perlakuan menjadi satu contoh yang baik  kepada anak anda yang sentiasa memegunkan anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~