Pages

Monday 26 August 2013

PELAJARI CARA MENGAJAR ANAK BERCAKAP SE AWAL 0-2 TAHUN

Assalammualaikum....bagi anda yang mempunyai anak berumur 3 tahun ke atas tetapi masih belum mampu bertutur dengan baik tentulah risau kan? bagaimana nak mengajar anak ini bercakap? sebenarnya ia  tidaklah sesusah mana pun cuma perlu sedikit kesabaran ;-)
Tips mengajar anak bawah 2 tahun bercakap
kebanyakkan ibu bapa menginginkan anak2 yang pintar yang gemar bercoleteh dan pandai mengekplorasi permainan dan persekitaran tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa.oleh itu ianya merupakan peranan ibu bapa bagi membentuk personaliti anak-anak anda bermula dari segi percakapan kanak-kanak.

Tahukah anda,bayi mampu mengenalpasti suara ibu sejak berusia 6 minggu lagi !! oleh itu sentiasalah :::

1~bertutur kata dengan lembut
2~tersenyum
3~memberikan perhatian atas reaksi anak anda kerana bayi normal  mampu memahami dan merasakan komunikasi berdasarkan respon dua hala dan gerakkan tubuh anda seawal 8 minggu.



4~respon apabila bayi anda menangis 
5~cuba menenangkannya agar keperluan bayi anda dipenuhi bagi mengelakkan frustasi.
6~belajar  isyarat bayi anda agar bayi berasa selamat dan selesa.
7~menyanyi bersama anak anda !! /orang islam pula sy galakkan anda mengaji al-quran untuk menggalakkan anak anda agar lebih rasa menyeronokkan.


8~membuat eksprasi muka dapat membuatkan bayi anda ketawa.bayi dalam 6 bulan ke bawah mendapat pelbagai bentuk pelajaran seperti cara menyuarakan isihati mereka melalui mimik muka dan gerakkan badan.oleh itu luangkan masa bermain bersama anak-anak anda untuk mendorong kemampuan mereka bertutur dan bercakap.

9~bayi juga mampu belajar melalui rutin dan pengulangan pola.rajinkan diri anda bercakap dengan bayi anda ulangi sebutan atau perkataan yang sama ketika rutin contohnya ketika waktu makan anda boleh mengulang sebutan "nyam-nyam" untuk sedap atau anda boleh selalu membahasakan diri anda "mama" setiap kali bercakap dengan anak anda.



10~mengulang sebutan mereka bagi memberikan mereka motivasi bertutur ,selain itu berikan mereka ciuman,tepukkan dan kata-kata pujian.
11~menyebut perkataan yang betul kerana anak anda mula belajar dan meniru anda ketika ini .
12~jika anda ada buku bergambar ,boleh tunjukkan dan terangkan kepada anak2 anda dengan cara mudah walaupun dia masih belum mengerti sepenuhnya.


Seawal 15 bulan anak kecil anda mula memahami arahan ringkas dan menunjukkan barangan yang sering dijumpainya selain itu anak kecil anda sudah mampu bertutur kata-kata ringkas dan sering didengar pada situasi yang tepat.pada ketika ini ibu baoa haruslah--->>

13~semakin memperkenalkan anak anda kepada pelbagai bunyi dan objek samaada melalui buku atau menunjukkan dalam situasi sebenar ketika berjalan-jalan seperti  "flower"
14~menunjukkan pelbagai gambar berwarna dan menarik perhatian anak kecil anda.
15~memperkenalkan dengan angka dalam keadaan santai contohnya mengira 1-10 ketika menaiki tangga sebelum tiidur agar anak anda tidak berasa tertekan dan gembira sambil membuat aktiviti rutinnya tanpa menyedari dirinya sedang mempelajari sesuatu yang baru.


Ingin anak menjadi lebih bijak,sihat dan ceria selalu?CLIK SINI...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~