Pages

Friday 14 November 2014

NAK CANTIK?? JOM MINUM AIR !!!

Assalamualaikum..... siapa suka air kosong air putih? oh... siapa yang suka memang seorang yang bijakkkk!!!

ANTARA KHASIAT AIR~

----->Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Nak menurunkan berat badan? Pengambilan air yang secukupnya boleh meningkatkan metabolisma badan serta berasa lebih kenyang. amalan meminum sedikit air sebelum makan akan membantu anda berasa lebih kenyang dengancepat dan ini dapat mengurangkan pengmbilan makanan.Namun perlu dielakkan minum air berselang dengan makanan kerana ini boleh menyebabkan perut anda'buncit'.

----->Air membantu meningkatkan tenaga.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih. Apabila badan mempunyai jumlah air yang cukup jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

----> Air mampu mengurangkan stres.

70% hingga 80% badan terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila badan mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda juga turut stres. Untuk memastikan kita bebas dari stress pastikan kita meminum air secukupnya dan sentiasa membawa air bersama walau dimana jua berada. 

----->Bentuk otot anda dengan air.

Minum air yang cukup membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

-----> Mencantikkan kulit anda.

Minum air yang cukup dapat mengelakkan badan mengalami dehedrasi. Sekiranya kekurangan air kulit akan menjadi kering kerana kekurangan bendalir untuk di agihkan keseluruh badan. 
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

-----> Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

-----> Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?


Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

SHARING  IS CARING... SHARE KEPADA RAKAN2 ANDA!!!

SID 0105332416

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~