Pages

Wednesday 16 July 2014

CEGAH DENGGI

Assalammualaikum... hari ini rasa terpanggil nak tulis pasal Demam Denggi... semakin menjadi-jadi pulak. kes kematian juga semakin tinggi...

TANDA DAN GEJALA

• Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

• Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

• Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".

• Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

• Muntah dan kurang selera makan.

RAWATAN

• Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
• Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
• Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
• Mandi jerlum.
• Antibiotik tidak diperlukan.

PENCEGAHAN

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

• Gunakan ubat nyamuk.
• Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
• Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
• Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
• Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
• Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
• Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
• Muntah berlarutan/berpanjangan.
• Sakit perut.
• Kurang bermaya/sawan.
• Sesak nafas.
• Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

• Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

sumber :KKM


Boleh juga guna petua ini yang saya jumpa dekat Fb untuk menghalau nyamuk.

Sekiranya kita atau ada di antara ahli keluarga kita yang menghidap demam denggi, kita boleh cuba merawat demam denggi itu dengan beberapa teknik. Antaranya ialah:

Minum air suam/ air masak  dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih.
Blend buah kiwi segar dan minum airnya.
Masak sup ketam dan hirup kuahnya.
Blend 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Konsisten setiap hari sehingga sembuh.
Minum jus jambu kerana khasiat jus jambu dapat melawan radikal bebas.
Blend daun pegaga segar dan minum jusnya.
Makan tembikai merah banyak-banyak.
Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya). Rasanya agak pahit.
Di samping itu, cara merawat demam denggi juga ialah dengan pengambilan vitamin. Antara vitamin yang dicadangkan untuk membantu merawat demam denggi ialah NUTRIFERON dan PERFORMANCE DRINK dari Shaklee.




Nutriferon ialah immune booster yang membantu merangsang pengeluaran interferon semulajadi bagi melindungi tubuh kita daripada serangan patogen luar seperti bakteria dan virus.

Performance Drink ialah minuman isotonik semulajadi yang dapat membantu membekalkan tenaga dengan cepat untuk jangka masa yang lebih lama, mengekalkan stamina tubuh, mengelakkan dehidrasi (kehilangan air) semasa demam dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan paras gula dalam darah. Ia juga tidak mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet sepertimana kebanyakan minuman isotonik atau minuman sukan lain di pasaran.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan cara merawat demam denggi ini.

✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~