Pages

Thursday 20 June 2013

BAGAIMANA SY NAK BERPUASA NANTI,SY MENGANDUNG?? KETAHUI TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

Assalammualaikum...bulan ramadhan dah semakin hampir ni mcmna dengan persiapan kita semua nak menghadapi nya?? jangan ingat makanan je tau..hihihi.....bagi orang biasa pasti tiada masalah tetapi buat ibu menyusu dan mengandung pasti terfikir mcmna nak lalui yela mana tengah alahan lagi ,makan pun kurang apa lagi minum...dapatkah bertahan nanti?


wanita hamil yang berpuasa adalah selamat ...beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa lahir dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.

kajian IQ juga mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.dalam beberapa kajian sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan,namun perubahan tersebut di dapati tidak membahayakan ibu dan bayi.kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir tetapi tiada perbezaan.
 wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik..namun ini juga bergantung kepada faktor2 seperti:

~peringkat kehamilan ,biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat.
~kesihatan anda sebelum kehamilan dan sama ada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.


jika anda berpuasa,tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan bersahur.hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah seperti
~sembelit
~sakit kepala
~ketidakcernaan
~lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom2 biasa semasa hamil.

yaa...bersahur sangat penting jika anda berpuasa...(teringat semasa hamil tahun 2011 sy mengalami alahan teruk sampai tak leh telan atau bau nasi,,,jadi semasa sahur sy just makan oat dengan susu itu pun  sikit,,).jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrient-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang .ia juga akan mengurangkan simptom2 kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk..

antara hidangan sahur yang boleh membantu anda bertenaga :
~nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
~bijiran berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak 
~buah-buahan termasuk kurma dan pisang..

elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuatkan anda ternyahhidrat.


sebaiknya minumlah jus buah segar dan bukannya minuman bergas,kopi atau teh..minuman smoothie yang mengandungi susu,yogurt,ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda.sup sayur pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin,mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Antara makanan yang ibu hamil harus ambil ketika berbuka::

~3 biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).
~susu atau yogurt rendah lemak
~sup jernih
~sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera.
~protein daripada ayam,daging atau ikan ,lentil,kacang pis atau kekacang.
~karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijiran penuh
~banyakkan sayur-sayuran...elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat,pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa amalkanlah tips2 di atas semasa makan dan selepas bersahur,berehat seketika kemudian bangun dan berjalan-jalan .lakukanlah aktiviti2 ringan.elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.minum air banyak selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Nak kekal cergas lagi dan bertenaga?? buat ibu hamil dan menyusu sy galakkan anda memiliki salah satu dari set dari set di atas sempena bulan puasa ni ...set ini membantu membuatkan kita kenyang dan bertenaga sepanjang hari......

berminat boleh :
sms/whatsapp 0129773915

emelkan kepada:Ainnaina1@gmail.com....

*produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~