Pages

Sunday 16 June 2013

NAK SIHAT DI HARI TUA KENE BERPANTANG

Assalammualaikum....harap semua yang follow blog sy dalam keadaan sihat sokmo deh hiihih....sekarang ni kita jarang dengar ibu yang bersalin betul-betul berpantang...antara alasan yang kerap kita dengar "tiada siapa nak  tolong jaga",mak dah uzur,perlu kejar kerja yang tiada berkesudahan......huhuhu...ingat wahai wanita yang sayang keluarga terutama suami...berpantang lah sebaiknya selepas bersalin....dan suami bantulah isteri anda,,,jangan ingat berpantang itu merugikan atau sesuatu yang biasa...NO NO TIDAKK !!!!! berpantang itu wajib bagi sy ...sy bersyukur kerana ada emak yang sanggup datang dari kelantan untuk jaga sy di KL ni.....i love u mak :)

KENAPA BERPANTANG ITU PENTING?
berpantang atau post partum dan puerperium dalam bidang perubatan adalah satu proses yang berlaku selepas wanita itu bersalin.
 biasanya tempoh waktunya adalah 42 hari atau 6 minggu.jadi tubuh wanita ini biasanya berada dalam perubahan hormon dan amat senang dijangkiti kuman jika di abaikan penjagaannya.selain itu berpantang juga dapat mengembalikan tubuh badan ibu seperti sediakala.

~KENAPA PERLU BERPANTANG?

+mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
+membetulkan peredaran darah.
+mengurangkan angin daripada badan.
+mengurangkan sakit kepala.
+melancarkan pengaliran susu badan.
+mengelakkan angin meroyan dan postnatal depression.
+membantu menstabilkan emosi.

pada pendapat sy cara moden dan tradisional boleh digabungkan hihi mcm sy vitamin shaklee pun sy ambil,ubat kayu rebus,bertuku,bertanggas dan mandi herba semua sy buat..thank u mom i love u :)


ANTARA RAWATAN BERPANTANG CARA TRADISIONAL

1~Mandian herba~air drebus dengan serai wangi,halia,limmau purut.membantu melancarkan peredaran darah,mengembalikan mood dan membuang angin (halia).

2~Urut poin detoks~boleh dilakukan sendiri atau pun dengan bantuan suami.untuk menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah.ianya boleh dilakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur selama 15 minit.

3~ Urutan penyusuan susu~untuk melancarkan pengaliran susu ibu.urutan di bahagian belakang payudara hendaklah dilakukan 2 kali sehari selama 10 minit.

4~Elak bengkak susu
urut dalam bentuk pusingan jam di atas payudara.

5~Hangatkan badan ibu selepas bersalin
ini kerana urat mengembang selepas bersalin.jadi amalan bertungku dapat membantu menghangatkan lagi badan.jika ibu berasa sejuk,itu tandanya urat mengembang dan angin mudah masuk.lakukan selepas mandi pada waktu pagi ,petang dan sebelum tidur.

6~membakar lemak dan perut buncit
rawatan tapel perut .tapel adalah campuran kapur,perahan limau.rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis.jadi ianya perlu dilakukan secara berdisiplin selepas tamat tempoh berpantang.oleh kerana kapur akan membuat perut hangat,jangan sapu terlalu lama.

7~membentuk semula pinggang dan perut
berbengkung ia juga dapat mengawal pemakanan ibu semasa berpantang.pakai bengkung 2 kali sehari minimum 4 jam setiap kali pakai.

8~menghilangkan masalah keputihan ,nyahkan bau kurang menyenangkan dan ketatkan rahim dan vagina:
rawatan bertanggas (ini lah yang sy kene buat seminggu selepas bersalin huhu).bakar arang bersama manjakani dan daun sireh.proses rawatan ini di lakukan minimum 20 minit sekali sehari (but mak sy suruh buat 2 kali sehari ).

**selamat berpantang bagi mommys yang bakal bersalin**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~