Pages

Thursday 6 June 2013

KETAWA INTIMKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI ~~~

Assalammualaikum.....pernahkah anda mempunyai seorang sahabat yang kelakar,mesra dan begitu meraikan kehadiran anda? semasa di bangku persekolahan dahulu tentu ramai kawan yang gelagatnya mencuit hati sehingga anda tidak boleh melupakan mereka seumur hidup..

begitulah keikhlasan persahabatan yang pernah anda rasai dahulu.namun pernahkah anda berfikir mengapa ikatan perkahwinan tidak sama dengan ikatan persahabatan? terlalu banyak komitmen yang mengongkong anda dan pasangan sehingga kehidupan rumah tangga itu lebih kepada bebanan daripada kenikmatan.

gurauan dan gelak ketawa tidak lagi ikhlas dilepaskan dari hati,kadang-kadang kita mahu bergembira tetapi pasangan kita dirundung sedih.tiada persefahaman hati dalam menterjemahkan erti " bahagia" ,ketawa dan gurau senda...

bahkan rungutan ,kesedihan,marah dan dendam itu merosakkan hati,mengeruhkan iman,mencabar Allah yang menetapkan taqdir yang tertulis untuk kita hari ini.senyum lah untuk pasangan hidup anda,anak-anak,orang2 yang anda kenal dan tidak anda kenal kerana senyuman itu satu pertanda bahawa anda redha kepada Allah dan bersyukur walau apa pun yang terjadi hari ini..

*TEKANAN BUKAN KEPUASAN*
Keintiman suami dan isteri bergantung kepada sebanyak mana masa disediakan untuk aktiviti gurau senda.kadang2 tak terasa,rupa-rupanya lama sungguh anda dan suami tidak menonton filem bersama,tidak berjongging berdua,tak berbalas sms,tak usik mengusik semua perkara dilakukan bersendirian dan tiada unsur-unsur hiburan hati.bercakap hanya bila perlu  dan untuk urusan2 formal seperti hal anak-anak,makan minum dan pakai suami saja.


suami dan isteri yang ceria dan menikmati hidup akan sentiasa menyediakan masa untuk berseronok bersama keluarga.mereka pasti merasai kebahgiaan alam perkahwinan yang sebenar.

mereka kaya raya tapi tiada masa untuk keluarga sebenarnya hidup tertekan.mereka hanya pandai mengumpul duit tetapi tidak pandai membelanjakannya,bijak mencari kejayaan tetapi tak boleh menikmatinya semua itu lebih dirasakan sebagai tekanan berbanding kepuasan.

sememangnya kita mesti meneladani rumah tangga Rasulullah saw yang amat kita kasihi.bagaimana Rasulullah saw mengajak Aisyah berlumba lari,menonton pertunjukkan pedang bersama-sama sehingga diceritakan dalam hadis baginda saling bersentuhan pipi dengan Aisyah.

Rasulullah saw juga ketawa melihat gelagat dua orang isterinya yang saling menconteng tepung ke pipi mereka.baginda saw juga akan membawa isterinya secara bergilir bermusafir semua itu menggambarkan betapa intim dan seronoknya perkahwinan yang diwarnai dengan gurau senda dan ketawa...

satu hari apabila Rasulullah saw membawa isteri-isterinya berjalan,baginda bersabda kepada sahabat yang memimpin unta-unta mereka "Wahai Anjasyah,perlahan-lahanlah mengiringi gelas-gelas kaca ini(maksudnya bawa unta perlahan-lahan ,takut isteri baginda jatuh dari atas unta )".hadis riwayat imam Al-Bukhari dan Muslim.

suatu ungkapan yang mengusik isteri-isteri baginda tentang betapa berharganya mereka dihati Nabi SAW .inilah bentuk keintiman seorang suami yang ikhlas mencintai isteri walau apa pun kedudukannya dan siapapun dia.bukankah Rasulullah saw adalah pemimpin teragung dan panglima tentera tertinggi yang menguruskan hal ehwal umat manusia,melancarkan jihad dan dakwah tanpa mengenal masa?

takkanlah hanya kerana suami menguruskan bisnes sampai tiasa masa langsung untuk keluarga,isteri pula sibuk dengan urusan sendiri hingga tak terasa kemesraan itu semakin pudar.banyakkanlah ketawa bersama suami,anak-anak dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda keintiman dan kasih sayang itu masih hidup di jiwa anda semua........

sekian untuk hari ni.....;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~