Pages

Wednesday 20 August 2014

BAHAN KIMIA TERLARANG DALAM PRODUK KECANTIKKAN !!!!

Assalamualaikum.... hari ini ade berita sikit nak share dengan anda semua.. jika anda rasa berita ini berguna maka panjangkanlah atau share kepada ramai pengguna.... 

Anda pernah cek tak isikandungan bahan pencuci muka atau pencuci badan atau segala pencuci di rumah anda???


Kalau tak pernah ambil tahu jom ambil tahu,kalau tak pernah cek jom cek sekarang.... 


Bila anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut muka anda akan rosak. 

saya  banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi duduk cangkung cari produk yang sesuai, jika ditanya pada perunding di situ mesti mahu disyorkan produk jagaannya. Alamak! susahnya! Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka silah baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja.

 Ada setengah produk muka ini memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja.  Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.

MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.

METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.


PETROLATUM

Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.

 PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

 PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.

STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.

SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

TRIETHANOLAMINE


Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi di negara kita, Malaysia. Lihat saja di Facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.


Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.
Kandungan belum tentu selamat dan cara pemprosesan turut diragui menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya. Demikian tegas pensyarah Jabatan Farmakognosis/Kimia Farmaseutikal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhari Ismail meminta masyarakat menyedari bahaya menggunakan produk itu. Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.


Menurutnya lagi, bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya seringkali digunakan. Selain raksa, plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun ada. Kosmetik didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan badan berada dalam keadaan baik. Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita. Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta.


Contohnya, Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit. Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi..

SUMBER KLIK SINI.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~