Pages

Saturday, 13 April 2013

DISEBALIK MITOS SUSU IBU~~ SUSU IBU TERBAIK~

Assalammualaikum....susu ibu merupakan titisan emas buat si manja,terdapat banyak khasiat yang masih banyak kita tidak ketahui.dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya setiap hisapan dan tegukkan dia akan mendapat satu pahala.jika ia berjaga malam(kerana melayan anak yang sakit) dia mendapat pahala seperti orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.
kelahiran seorang bayi mencatat pelbagai memori buat wanita yang pertama kali bergelar ibu.secara lahiriah seorang bayi tanpa perlu di ajar bagaimana mahu menyusu(rooting reflex) secara automatik akan menghisap puting payudara ibunya.sebaiknay bayi terus dirangsang terus menyusu selepas satu jam dilahirkan.proses ini penting untuk merangsang proses penghasilan susu secara berterusan.

pelbagai telahan mengenai tekstur susu awal ini mengundang mitos dan tanda tanya.sejauh mana kebenaran mitos berkaitan susu ibu .berikut adalah sedikit informasi ringkas bagi meredakan keliru bagi anda yang bergelar ibu.

mitos &fakta tentang susu ibu
susu berwarna kekuning-kuningan yang sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi !!!!?

 fakta~lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair kekuningan(kolostrum) bertindak sebagai antibody pertama bayi.kolostrum hanya hadir pada 3&4 hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu shj dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya.ia tidak akan berulang lagi! kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi.susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu.kolostrum yang dijual dipasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
sebelah kiri adalah kolostrum susu ibu
payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur!
 fakta~secara alami saiz payudara akan berisi sepanjang 9bulan kehamilan.proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis-pembentukkan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak.jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir saiz payudara ibu akan cepat menurun dan drastik manakala saiz payudara yang menyusukan bayinya akan menurun perlahan-lahan.
bayi akan sentiasa melekap pada ibu 
 fakta~ibu adalah manusia pertama bayi kenal,manakan tidak 9 bulan menumpang teduh di dalam rahim ibunya,setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 x sehari.impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak .usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat,mungkin sekitar 6 bulan shj,2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun.ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian ,bayi yang menyusu ibu akan cepat membesar  menjadi individu yang lebih berdikari ,berasa selamat dan dilindungi ,lebih berkeyakinan dan kurang menangis.ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.

susu ibu tidak sesedap susu formula.
  fakta~hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya.sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka,belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu.gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula yang kompleks yang terkandung di dalam susu formula.oleh itu bayi mendapat nutrient lebih mudah daripada susu ibu.

payudara kecil: susu kurang?
 fakta~semua ibu secara semulajadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi.saiz kecil atau besar bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang.kelenjar mamari adalah kalenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita,jadi tidak bermakna saiz payudara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda .




apabila anda memilih untuk menyusukan anak anda sepenuhnya ,anda harus mengawal dan berwaspada dengan apa yang anda makan!
 fakta~semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif.makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan.bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafien (kopi),ibu boleh minum kopi sebaik shj selepas menyusu.rasionalnya ialah kafien dalam kopi telah selesai dicernakan ,dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian.oleh itu kepekatan kafien dalam darah sudah menurun.kaedah ini juga boleh dipraktik bagi ibu yang mengambil ubat-ubatan tertentu.


susu ibu terlalu cair(banyak air)
 fakta~jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika,kita akan dapat melihat susu ibu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh dilapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.tetapi keadaan sebaliknya bagi susu formula lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah(lemak berketumpatan tinggi).nagi susu ibu 80% kandungan adalah air.susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi.naluri semulajadi manusia minum sebab dahaga,makan itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal(foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa.kemudian barulah susu akhir yang pekat(kandungan lemak tinggi)yang akan menyebabkan bayi kenyang.
puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi?
 fakta~puting payudara bersifat antibakteria.kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit(1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi.bintik-bintik kecil dikeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria.mencuci payudara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari,tidak perlu mencuci dengan sabun ,bahan pencuci.

penyusuan ibu mengambil nutrient daripada ibu .ibu perlu makan lebih?
 fakta~nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu.oleh itu ibu yang menyusu (sesiapa shj sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya.ibu boleh makan apa shj tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awas jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi,maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya.risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.


menyusu boleh mengubah saiz badan ibu?
 fakta~ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan,selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.


alhamdulillah hampir genap setahun sy menyusukan anak sy ainul mardhiah ni ,syukur sangat2 kerana ALLAH swt sentiasa murahkan rezki untuk kami anak-beranak.....semoga dapat diteruskan lagi sehingga setahun lebih lagi amin......semoga ibu-ibu yang ingin atau yang sedang  menyusukan anak anda teruskanlah niat murni itu kerana menyusukan anak kita adalah satu anugerah dan nikmat yang tidak terhingga.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~