1~solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan atau doa bagi non-muslim.
apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta.ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta.dengan izinNYA jualah segala nikmat dikecapi.begitu juga dengan penyusuan,ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNYA.segala susah senang kita,kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita.keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta.susu yang keluar dari tubuh ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua.solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur...janjiNYA ,barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dam barang siapa yang kufur azabnya amatlah keras.bagi muslim .solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami/isteri,ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.
2-menjaga pemakanan
menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh(sekurang-kurangnya 2 liter sehari).ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan hariannya tidak seimbang.
3-kekerapan penyusuan
bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerja serta ibu yang exsklusif pumping memerlukan displin yang ketat dalam jadual pengepamam.perlu diingat kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.maka ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan displin.makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan atau pun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku.
4-fikiran yang positif
pentingkah fikiran yang positif?? bagi diri ibu ..penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakan.fikirkan boleh,pasti boleh .ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang ada pada persekitaran kita.cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap.mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B.maka jika anda ialah seorang yang mudah marah,mudah penat,mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang.fikiran positif akan lahir dengan cukup doa,usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup. ada yang mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria,sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah .sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak....jika kita mempunyai sifat ini maka insha allah penyusuan selama 2 tahun akan dapat di capai.
* love breastfeeding*
No comments:
Post a Comment