Pages

Friday, 12 April 2013

JANGAN MARAH NANTI KENE JUAL ;)

Assalammualaikum....sikap panas baran selalunya dikaitkan dengan lelaki,lihat saja di media massa yang memaparkan masalah keluarga,ramai wanita bergelar isteri mengadu tentang sikap panas baran suami mereka.

sikap tersebut sebenarnya bukan saja menyebabkan diri dijauhi atau tidak disenangi tapi sebenarnya turut membahayakan kesihatan.inilah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan kita.
setiap kali kita marah,tekanan darah akan meningkat dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko serangan jantung serta strok.selain itu kajian yang dijalankan oleh fakulti perubatan universiti Harvard mendapati sikap panas baran atau mudah marah ni boleh menjejaskan daya ketahanan badan dan merangsang proses peradangan sel.malah ia  juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan lain di kalangan orang tua termasuklah pesakit jantung dan asma kerana perubahan  emosi  mendadak boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat yang secara tidak langsung menjejaskan fungsi paru-paru.
lebih tinggi darjah panas baran seseorang,lebih buruk fungsi paru-paru mereka.sebaliknya bagi individu yang dapat mengawal kemarahan,didapati fungsi paru-paru mereka bertambah baik .namun kajian lanjut perlu dijalankan untuk menerangkan jenis faktor atau tekanan psikologi yang boleh menjejaskan paru-paru.

kajian juga mendapati individu pemarah dan panas baran lebih cenderung menghisap rokok untuk mengawal ledakan emosi.ini menambahkan kesan buruk terhadap paru-paru ,kecenderungan untuk merokok ketika marah juga ditunjukkan oleh wanita.namun kecenderungan ini lebih tinggi di kalangan lelaki.

cara sihat menghadapi perasaan marah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cara terbaik ialah dengan belajar bertenang dan menarik nafas  secara perlahan-lahan.anda peru tahu bahawa ketika marah otot akan menjadi tegang dan tertekan.tekanan ini boleh terkumpul di leher dan bahu.ia akan kekal di situ dalam tempoh masa yang panjang walapun selepas kemarahan hilang.
 selain itu kemarahan juga membuatkan jantung berdegup lebih cepat dan pernafasan menjadi lebih pendek.


di dalam islam telah di beritahu jika tidak mampu mengawal marah ketika berdiri  hendaklah duduk ,jika tidak reda juga maka ambil lah wudhuk..agama islam agama yang suci dan fitrah syukurlah kita kerana di pilih oleh allah swt menjadi orang islam kerana itu tiap apa yang berlaku wajiblah merujuk kepada al-quran dan hadis......INGATLAH~!!!! marah itu api dan api itu dari syaitan....buat sesiapa saje yang rasa nak marah-marah tu pikirkan semula....nak sihat ke atau nak sakit?? hiihihhhii....jangan marah naaa nnt kene juallll..

wallahhuaklam....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~