Pages

Friday, 29 March 2013

JOM BUAT RESEPI BEST UNTUK SI MANJA~~MAKANANA PELENGKAP BUAT SI MANJA

Assalammualaikum,,,jom kita belajar pulak mcmner nak buat makanan pejal bagi si manja ni!!!!

satu panduan ringkas tentang jenis dan cara memperkenalkan makanan pelengkap kepada si manja anda oleh prof.madya Dr Poh Bee Koon,Pakar pemakanan.

susu badan shj sudah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan yang semakin meningkat apabila bayi berusia 6 bulan.pada masa ini bayi anda memerlukan makanan lengkap (makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan anda)supayay dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrien mencukupi bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.

umur 6 bulan merupakan masa yang baik untuk memperkenalkan makanan pelengkap kerana pada usia ini,sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal.tanda-tanda fizikal yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuk:

~telah tumbuh gigi susu,di mana gigi pertamanya telah muncul pada usia lebih kurang 6 bulan,dan pada umur 9 bulan biasanya empat gigi bawah sudah pun tumbuh.

~sudah boleh gigit,kunyah dan memamah makanan.

~boleh mengawal lidah dengan lebih baik.

~gemar memasukkan benda ke dalam mulut.

~rasa lapar sejurus selepas menyusu.


apa yang perlu diberi?
oleh kerana bayi anda belum pernah mencuba makanan selain daripada susu badan anda,maka ada baiknya jika anda memperkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan supaya bayi boleh membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan yang baru.pastikan makanan diberi adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga serta nutrien yang mencukupi kepada bayi anda.

dos
~perkenalkan satu makanan baru pada satu-satu masa.berikan bayi anda beberapa hari untuk membiasakan diri dengan makanan tersebut sebelum memperkenalkan makanan lain.ini memberi peluang kepadanya untuk mengenali rasa setiap makanan dan juga memudahkan anda mengesan sebarang alahan.

~gunakan sudu untuk memperkenalkan makanan baru dalam kuantiti sedikit sebelum menyusu.

~bayi mungkin akan menerima makanan baru dengan lebih baik baik jika dicampurkan dengnan susu badan.

~mulakan dengan bijiran beras yang diperkaya dengan zat besi.ini akan memberikan zat besi tambahan kepada bayi di saat ianya rendah.

~pelbagaikan makanan yang diberi setiap hari bagi memenuhi keperluan nutriennya setelah dia biasa dengan pelbagai jenis makanan(ini mungkin hanya akan berlaku kepada bayi yang berusia 9-10 bulan).

~tingkatkan pengambilan makanan lengkap dan kekerapan penyusuan secara beransur-ansur,contohnya menyusu 2-3 kali sehari pada 6-8 bulan dan tingkatkan kepada 3-4 kali sehari pada 9-12 bulan.

~pada usia setahun,anak anda seharusnya sudah boleh makan bersama keluarga.

don'ts

~jangan tambah garam atau perasa masin lain sebelum usia 1 tahun.
~jangan tambah gula atau minyak sekiranya tidak perlu.
~jangan beri makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kacang,bijian atau keseluruhan buah anggur.


Ibu-ibu, jangan lupa untuk....
  • Teruskan menyusu badan sekerap dahulu dan selama yang bayi anda ingini.
  • Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan yang selamat dan bersih bagi mengurangkan risiko pencemaran yang boleh mengakibatkan cirit-birit.




semoga kita dapat berikan yang terbaik buat si manja ye mommy's semua ;)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~