Pages

Saturday, 9 March 2013

TERSEDAK SUSU,BAGAIMANA NAK BAGI BANTUAN?

Assalammualaikum.....bagaimana nak beri bantuan ketika anak tersedak susu ..jom baca ye...

kes kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru.hampir setiap bulan kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakkannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.
ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibubapa atau penjaganya sendiri.bleum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.


menurut pakar kanak-kanak,pusat rawatan islam az-zahra bandar baru bangi,Dr nik rosenorleyaney nik ibrahim kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang tinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.apabila seoorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu,susu itu akan terus mengaliir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"dalam tubuh manusia,terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang.apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang botol yang terlalu besar,susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan,seterusnya ke dalam paru-paru,apabila ini berlaku,biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakkan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

namun bagi bayi yang ditinggalkan keseorangan ,sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas.walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.
dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera,bayi akan terus meninggal dunia" jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku baru2 ini.tambahnya sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa  amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

ini kerana ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas.sepatutnya pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul."ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan,pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya,botol susu pula mesti dippegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak da menyebabkan bayi lemas.

"pastikan juga lubang pada botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.sekiranya menyusu badan,pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi."elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai,sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan,selepas menyusu,sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkann  bayi muntah ketika tidur" katanya.

selain bayi,kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula,ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan,seterusnya kebahagian paru-paru .sama seperti kes tersedak susu,jika tidak diberi rawatan segera mangsa kan terus meninggal dunia.menurut Dr.nik rosenorleyaney bagi mengelakkan bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan ibubapa dan  penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan dirumah.

~tips elakkan bayi tersedak susu atau tercekik makanan~

~sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan segera angkat bayi kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa."ini menandakan mereka sudah boleh bernafas.bagi bayi yang tercekik makanan,sekiranya makanan itu dalam mulut kanak-kanak tidak keluar.korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu."tindakkan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit sebelum mangsa dibawa ke hospital.dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang"katanya.
selain tersedak susu dan tercekik makanan,kebanyakkan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak2 berpunca daripada sindrom goyangan bayi,meniarap dan kecedaraan di bilik mandi.


ramai ibubapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi.ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak.gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan,seterusnya menyebabkan kematian."kebanyakkan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja.namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak,semakin kuat anak menangis,hayunan lebih kuat.sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama"katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal   secara tiba-tiba.dari imbasan yang dijalankan,didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

tambahnya,ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh diketegorikan sebagai sindrom kematian mengejut.ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tib-tiba.ini berlaku bagi baayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri.biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelakkan lemas.
"pastikan alas yang digunakan lembut dan tidak tenggelam.elakkan penggunanaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi katanya.

perkara yang jarang di ambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi.sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan,sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.walaupun air dalamnya hanya berisi 6 inci,ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya bayi muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan,ibubapa  bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan   itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.disamping itu tinjau kawasan sekitar seperti tandas,dapur,tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak~~

~pastikan pusat penjagaan kanak2 tidak menggunakan buai.
~setiap bayi tidur di dalam katil masing2 dan di asingkan mengikut usia bagi mengelakkan bayi terlanggar atau terpijak.
~menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
~mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelakkan keracunan makanan.
~orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama .ini bagi mengelakkan tertukar susu terutamanya bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
~pemberian susu botol harus diberikan secara perseorangan mengikut posisi menyusu badan.elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
~tempat menguruskan bayi harus di asingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak2.ini memastikan kebersihan serta mengelakkan kanak2 bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
~elakkan penggunaan cerek,sebaiknya gunakan termos yg boleh dikunci.
~pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak2 menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak2 lain.
~hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
~anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

CREDIT..

semoga apa yaang telah berlaku menjadi pengajaran buat kita sebagai ibubapa/penjaga supaya tidak melakukan kecuaian yang boleh menyebabkan kematian insan yang kita sayangi*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~