Assalammualaikum....
pasti ramai ibu-ibu yang menyangka susu ibu boleh buat bayi jadi obes kan?? benar ke atau satu mitos?? sepanjang sy menyusukan my little princes walapun dia kerap menyusu tetapi berat nya sukar nak naik hihi...bukan kerana susu ibu tidak berkhasiat yee...jom tengok apa kata Pn.Rita Rahayu Omar tentang hal ini....:)
adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu mengalami peningkatan berat badan lebih cepat berbanding bayi yang menyusu susu formula di awal 2-3 bulan pertama...kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara 9-12 bulan..sehingga kin TIADA kajian membuktikan bayi yang menyusui susu ibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa..
faktanya terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusui susu ibu kurang berisiko untuk menjadi kanak-kanak yang obes berbanding bayi yang menyusu susu formula.bayi yang mengalami pertambahan berat badan lebih cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari.
ini kerana dia terlalu sibuk dengan aktivitinya sehingga kadangkala kurang makan berbanding sebelum ini.lemak yang tersimpan sebelum itu digunakan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan diri untuk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak.
ingat!! susu ibu adalah makanan paling sempurna,ia tiada kalori kosong,amaun lemak atau kalori dalam susu ibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dalam pemakanan kita.walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dalam susu ibu dengan mengubah jenis lemak yang di ambil.
jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dengan menghadkan masa menyusu terus dari payudara atau menggunakan puting kosong untuk mengalih perhatian bayi dengan harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susu ibu.tindakkan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi kerana bayi memerlukan nutrien dan lemak untuk pertumbuhan otak dan fizikal yang sihat.hanya dengan berterusan menyusukan bayi ,kita dapat memastikan bayi mendapat keperluannya dengan sempurna selain penghasilan susu ibu dapat di kekalkan.
No comments:
Post a Comment