kelahiran bayi yang ditunggu selama ini memang amat menggembirakan buat semua ahli keluarga namun ada juga hal yang kita tidak boleh abaikan iaitu soal kesihatan ibu yang dalam berpantang.....bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan atau pun yang sudah melahirkan anda mungkin akan menghadapi simptom-simptom jika tidak menjaga diri sebaik mungkin..
antara simptom yang wajib kita tahu dan mesti cepat-cepat hubungi doktor untuk rawatan selanjutnya:
• Rembesan faraj yang berbau busuk
Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.
• Perut yang sakit
Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas).
• Buasir yang teruk atau bengkak
Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.
• Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.
• Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.
• Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.
kesihatan ibu wajib diberi keutamaan kerana ibu perlu memberi bayi menyusu jika kesihatan ibu terganggu dalam keadaan masih berpantang akan mengganggu proses penyusuan susu ibu sedikit sebanyak.
masih tercari-cari set berpantang yang sesuai dan selamat di ambil terus selepas bersalin walaupun bersalin cazer atatu baby jaundis? CLIK SINI.
harga termurah menanti anda !!!! :)
No comments:
Post a Comment