Pages

Monday, 25 March 2013

TIPS SEMARAKKAN CINTA SUAMI&ISTERI~~

Assalammualaikum...setiap percintaan di alam rumah tangga pasti ada pasang surut nye...tetapi  janganlah pula biarkan surutnye lama terbiar nanti merbahaya tau!!!!
kali ini sy nak share tips eratkan lagi cinta suami&isteri..

~cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing( ini rutin harianku hiihi).
~jika berpisah lebih lama dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukkan dan ciuman di bibir ;).
~walau sesibuk man sekalipun luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang di lakukan (jangan hanya masa bercinta je bleh buat gini).
~sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "i love u" sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana,menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
~sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

~amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
~luangkan masa untuk berbual tentang apa shj dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
~mudah berbaik jika berlaku sebarang pertengkaran ,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
~temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisinya.
~jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
~amalkan sembahyang berjemaah semasa dirumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
~biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman suami atau isteri.
~sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa shj yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
~senda gurau dalam rumah tangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka-teki atau apa shj yang membolehkan anda ketawa bersama.
~sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
~sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
~apa shj masalah yang timbul ,terus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
~sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami.isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
sekadar gambar hiasan
semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi kita ilmu lagi tentang kebahagiaan rumahtangga ;).

jom dapatkan set keintiman suami&isteri CLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~