Pages

Sunday 31 March 2013

SEGALA PARUT JERAWAT HILANG!!!!!!~ TESTIMONI SET D + GLA~

Syukur alhamdulillah ,,,,kerana ramai yang sudah mempercayai akan keberkesanan set D atau set skincare ni...kerana kecantikkan dari dalam akan menyerlah ke luar ......macam puan syafiza othman kita ni....

boleh nampak kan perbezaan nya selepas 25 hari je....best gituuuu..






"assalamualaikum... kak yati,,,hari ini fiza nak bagi testimoni...ehehe...

alhamdulillah..dh 25 hari fiza makan set D +GLA ni...bersyukur sangat2..sebelum ni asyik jaga luaran je...fiza mengalami parut pembawakkan baby yang sangat teruk ..muka jadi gatal2 dan meninggalkan parut yang sangat hodoh..(sebelum ni dh mcm2 produk kecantikkan dr yang murah sehinggakan yang mahal tapi xde perubahan pun..segala treatment la apa la semua dah try tp xde perubahan yang habis duit je..
fiza sangat2 bersyukur kepada ALLAH SWT  kerana membuka pintu hati fiza untuk mencuba vitamin shaklee di saat fiza hampir2 tak percaya kepada segala macam produk kecantikkan ni..sebelum ni fiza ada juga amik Tab x..

seminggu je makan set D ni dah ada orang tanya fiza "eh pakai produk apa sekarang?" nampak sangat kan muka fiza sebelum ni sangat2 teruk..sedih sgt tau bila orang tanya mcm tu..huhu raya haji lepas family fiza dtg beraya kt rumah fiza..mak dan kakak pun tanya benda sama..ye la sebelum ni asyik tukar produk je..hubby pun ckp lpas ni jangan tukar2 produk dh..makan vitamin je....=)
sangat2 gembira dan bersyukur sangat2 kerana mendapat sokongan dari suami...

alhamdulillah dgn displin dan minum air yang banyak fiza dah nampak perubahan pada wajah fiza...suka sangat2"


wahhh,,,gembira betul kan puan syafiza ni.....betulll sokongan suami amat diperlukan pada saat mcm ni jadi para suami-suami atau bapa yang penyayang yang sayangkan anak isteri berikan mereka apa yang patut mereka dapat ye,,,,jom order set D untuk isteri-isteri kt umah ye.....


jika set ini di ambil secara konsisten dan minum air 3-4 liter tidak mustahil segala toksin di dalam tubuh kita akan terbuang dan kesannya wajah lebih berseri dan parut hilang....

set ini mengandungi :
~vitamin B 
~vitamin C 
~vitamin E + GLA.....

lagi testimoni sila CLIK Sini...

berminat nak order?? harga termurah dan runtuh sedang menanti ;)

pm/add fb:ain naina boleh chat terus dengan sy ;).

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun.......bagi setiap pembelian dengan akan disertakan konsultasi sepanjang masa ;).

emelkan:ainnaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

SUSU IBU BUAT BAYI JADI OBES ???????

Assalammualaikum....
pasti ramai ibu-ibu yang menyangka susu ibu boleh buat bayi jadi obes kan?? benar ke atau satu mitos?? sepanjang sy menyusukan my little princes walapun dia kerap menyusu tetapi berat nya sukar nak naik hihi...bukan kerana susu ibu tidak berkhasiat yee...jom tengok apa kata Pn.Rita Rahayu Omar tentang hal ini....:)

adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu mengalami peningkatan berat badan lebih cepat berbanding bayi yang menyusu susu formula di awal 2-3 bulan pertama...kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara 9-12 bulan..sehingga kin TIADA kajian   membuktikan bayi yang menyusui susu ibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa..

faktanya terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusui susu ibu kurang berisiko untuk menjadi kanak-kanak yang obes berbanding bayi yang menyusu susu formula.bayi yang mengalami pertambahan berat badan lebih cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari.



ini kerana dia terlalu sibuk dengan aktivitinya sehingga kadangkala kurang makan berbanding sebelum ini.lemak yang tersimpan sebelum itu digunakan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan diri untuk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak.

ingat!! susu ibu adalah makanan paling sempurna,ia tiada kalori kosong,amaun lemak atau kalori dalam susu ibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dalam pemakanan kita.walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dalam susu ibu dengan mengubah jenis lemak yang di ambil.

jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dengan menghadkan masa menyusu terus dari payudara atau menggunakan puting kosong untuk mengalih perhatian bayi dengan harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susu ibu.tindakkan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi kerana bayi memerlukan nutrien dan lemak untuk pertumbuhan otak dan fizikal yang sihat.hanya dengan berterusan menyusukan bayi ,kita dapat memastikan bayi mendapat keperluannya dengan sempurna selain penghasilan susu ibu dapat di kekalkan.

SUNGGUH AJAIB SUSU IBU~~




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.



Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.

Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Friday 29 March 2013

JOM BUAT RESEPI BEST UNTUK SI MANJA~~MAKANANA PELENGKAP BUAT SI MANJA

Assalammualaikum,,,jom kita belajar pulak mcmner nak buat makanan pejal bagi si manja ni!!!!

satu panduan ringkas tentang jenis dan cara memperkenalkan makanan pelengkap kepada si manja anda oleh prof.madya Dr Poh Bee Koon,Pakar pemakanan.

susu badan shj sudah tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan yang semakin meningkat apabila bayi berusia 6 bulan.pada masa ini bayi anda memerlukan makanan lengkap (makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan anda)supayay dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrien mencukupi bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.

umur 6 bulan merupakan masa yang baik untuk memperkenalkan makanan pelengkap kerana pada usia ini,sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal.tanda-tanda fizikal yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuk:

~telah tumbuh gigi susu,di mana gigi pertamanya telah muncul pada usia lebih kurang 6 bulan,dan pada umur 9 bulan biasanya empat gigi bawah sudah pun tumbuh.

~sudah boleh gigit,kunyah dan memamah makanan.

~boleh mengawal lidah dengan lebih baik.

~gemar memasukkan benda ke dalam mulut.

~rasa lapar sejurus selepas menyusu.


apa yang perlu diberi?
oleh kerana bayi anda belum pernah mencuba makanan selain daripada susu badan anda,maka ada baiknya jika anda memperkenalkan makanan baru secara perlahan-lahan supaya bayi boleh membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan yang baru.pastikan makanan diberi adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga serta nutrien yang mencukupi kepada bayi anda.

dos
~perkenalkan satu makanan baru pada satu-satu masa.berikan bayi anda beberapa hari untuk membiasakan diri dengan makanan tersebut sebelum memperkenalkan makanan lain.ini memberi peluang kepadanya untuk mengenali rasa setiap makanan dan juga memudahkan anda mengesan sebarang alahan.

~gunakan sudu untuk memperkenalkan makanan baru dalam kuantiti sedikit sebelum menyusu.

~bayi mungkin akan menerima makanan baru dengan lebih baik baik jika dicampurkan dengnan susu badan.

~mulakan dengan bijiran beras yang diperkaya dengan zat besi.ini akan memberikan zat besi tambahan kepada bayi di saat ianya rendah.

~pelbagaikan makanan yang diberi setiap hari bagi memenuhi keperluan nutriennya setelah dia biasa dengan pelbagai jenis makanan(ini mungkin hanya akan berlaku kepada bayi yang berusia 9-10 bulan).

~tingkatkan pengambilan makanan lengkap dan kekerapan penyusuan secara beransur-ansur,contohnya menyusu 2-3 kali sehari pada 6-8 bulan dan tingkatkan kepada 3-4 kali sehari pada 9-12 bulan.

~pada usia setahun,anak anda seharusnya sudah boleh makan bersama keluarga.

don'ts

~jangan tambah garam atau perasa masin lain sebelum usia 1 tahun.
~jangan tambah gula atau minyak sekiranya tidak perlu.
~jangan beri makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kacang,bijian atau keseluruhan buah anggur.


Ibu-ibu, jangan lupa untuk....
  • Teruskan menyusu badan sekerap dahulu dan selama yang bayi anda ingini.
  • Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan yang selamat dan bersih bagi mengurangkan risiko pencemaran yang boleh mengakibatkan cirit-birit.




semoga kita dapat berikan yang terbaik buat si manja ye mommy's semua ;)

TIPS MENGEPAM BAGI IBU YANG BEKERJA &EXSKLUSIF PUMPING~

Assalammualaikum.....

bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exsklusif pumping??

~mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
~pemakanan yang teratur dan seimbang.
~air yang tidak kurang dari 2 liter sehari.
~supplement.
~keyakinan dan semangat yang berterusan.
~gembira serta berfikiran positif= AKAN MENGHASILKAN SUSU DENGAN JAYANYA.

mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku.konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah..biar sedikit tetapi perlu berterusan.teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong.adakah jenis pum mempengaruhi penghasilan susu??
 ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik.ini kerana pam yang selesa tidak membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susu ibu dengan mood yang tenang dan happy...pam tidak semestinya mahal..memadai memberi keselesaan pada si ibu.

pemakanan yang teratur dan seimbang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang.bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal.daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang.ada ibu-ibu yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susui ibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.

air tak kurang dari 2 liter sehari
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik.namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas.badan ibu akan mudah kekeringan(dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukkan.berapa banyak air yang perlu diminum? bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

supplement
~~~~~~~~
ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan.ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu.jika kita boleh pastikan makanan harian kita mempunyai 500mg vita c,kalsium dan magneseum,segala zat dalam multivitamin dan healthy life style..maka golongan ini tidak memerlukan vitamin.namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda,maka supplement sangat digalakkan.supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam tubuh badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat.some goes to thin mother.supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat adalah:multivitamin,b com,vitamin c dan protein.pengambilan protein boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protein namun pada kuantiti yang minima.pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

keyakinan dan semangat yang berterusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan.berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusuka anaknya.banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

gembira serta berfikiran positif
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin b atau lengkap dengan semua vitamin b,insha allah  si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif.ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah,cepat marah,mudah mengamuk ,sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang kekurangan vitamin b com di dalam tubuh mereka.b com tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.

akhir kata berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu.abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan.jangan mengalah ..lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.




TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN

Assalammualaikum...salah satu usaha untuk menambah

stok susu ibu adalah mengamalkan TANDEM NURSING

(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)

mula-mula memang rasa kekok nak buat kedua-dua perkara ni serentak tapi seperti PRACTICE MAKES PERFECT....biasakan dengan amalan ini insyallah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.


antara amalan mengepam lain yang boleh di amalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:

~pam waktu pagi sebelum bayi bangun tidur.biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.

~pam sedikit sebelum menyusukan bayi.biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.

~pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.

~pam semasa bayi tidur.

~pam di antara waktu tidur(bangun malam untuk pam).






 tips tambah susu ibu secara natural

teknik hypnobreastfeeding:

1-set dalam minda&yakin boleh menyusukan secara eksklusif dengan susu ibu tanpa tambahan susu formula.

2-kekalkan ketenangan perasaan&minda dengan
cara:melihat sesuatu yang boleh menimbulkanrasa
tenang&bonding contohnya lihat wajah anak ketika tidur &gambar anak,hilangkan rasa risau ,sakit,strees,ragu-ragu untuk menyusukan.


masuk bilik yang sunyi,pasang zikir/muzik yang menenangkan,duduk tegak,rileks otot.baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali.

tarik nafas secara dalam,tahan selama 10 saat,lepas melalui mulut dengan bunyi heh.

bila rasa tenang ,ulangi lagi pernafasan tersebut,bayangkan anda melepaskan semua perasaan negetif risau,sakit,strees ,ragu-ragu untuk menyusukan.

masukkan setting positif "AKU BOLEH MENYUSUKAN ANAKKU SECARA EKSKLUSIF SELAMA 2 TAHUN"


ALL THE BEST TO MOMMY'S SEMUA JANGAN PUTUS ASA!!!



Thursday 28 March 2013

SI KECIL PERLU LEMAK??

Assalammualaikum..pagi tadi pergi buat cek up my littel princes yang nak masuk 11 bulan tapi berat susuh nak naik,,,hihi...antara pesanan nurse ialah bagi anak makan lemak...lemak ape??? bukan lemak sembarangan tau,,,,
kanak-kanak perlukan lemak  untuk perkembangan otak pada tahun-tahun awal tumbesarannya.pemakanan yang baik bukan shj penting untuk kesihatan dan tumbesaran secara fizikal tetapi juga sangat penting untuk perkembangan otak.perkembangan otak yang optimum bermula daripada peringkat kehamilan dan perlu diteruskan selepas anak dilahirkan.pengambilan asid lemak penting kerana otak manusia terdiri daripada 60 % lemak.

cara utama untuk menggalakkan perkembangan optimum otak kanak-kanak ialah melalui diet yang mengandungi asid lemak perlu yang mencukupi.asid lemak perlu kerana tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi daripada makanan..oleh itu ibubapa perlu tahu apakah asid lemak perlu,mengapa anak anda perlukannya dan bagaimana untuk memastikan dia mendapat amaun yang secukupnya.
lemak yang diperlukan untuk fungsi otak ialah omega-3 dan omega-6.omega-3 dan omega-6 merupakan komponen utama pada sel membran anak anda.asid lemak omega-3 mengandungi asid alfalinolenik(ALA) yang boleh bertukar menjadi asid eikosapentonik(EPA) dan asid dokosaheksanoik(DHA).kumpulan lemak ini menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dan penting untuk perkembangan dan fungsi otak.
lemak penting kepada anak kerana dapat membantu penyerapan nutrient,transmisi saraf dan mengekalkan keutuhan membran sel.selain daripada membekalkan tenaga,lemak juga membantu mengekalkan kesihatan rambut dan kulit,melindungi organ penting dalam tubuh dengan menebat dan mengekalkan susu badan.

fungsi lemak dalam tubuh anak~
1-membekalkan bagan seakan hormon untuk mengawal banyak fungsi badan.

2-asid lemak omega-3 membantu pertumbuhan,perkembangan dan fungsi otak.

3-membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.

4-komponen penting untuk kesihatan dan fungsi membran.

5-menebat dan bertindak sebagai penyerap hentakan bagi tulang dan organ.

menurut Robert Steele,pakar pediaretik di St.Jhon's Children Hospital Springfield,Misspuri,diet seorang kanak-kanak mengandungi jumlah lemak lebih dari 30% .hal ini bermakna jumlah lemak yang hadir di dalam diet kanak-kanak adalah bergantung kepada sumbernya sama ada daripada susu atau makanan.


mengapa anda perlu memilih hanya omega-3 shaklee?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

minyak ikan terbaik di dunia omega guard shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dan lain-lain.satu hidangan omega guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

ultratulen&bergred farmaseutikal
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

omega guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietrari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaar di bawah suhu rendah yang terjaga.proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega-3 yang asli dan menghilangkan pencermaran termasuk logam berat,merkuri,kadmium dan sebagainya.

sy sendiri mengamalkan omega guard shaklee sejak hamil lagi ,antara kesan yang sy sedang alami ialah ainul cepat faham,cepat belajar yang best dia sekarang selalu berusaha nak berjalan dari usia 10 bulan lagi!!!..mmm anda nak anak yang bijak?? cuba amalkan omega guard ni,,,,,jom order sekarang untuk dapat harga termurah!!!

testimoni 1
yang best omega ni juga membantu menghilangkan eczema pada kanak-kanak.

tstimoni 2
banyak lagi khasiat omega ni tau,,,bukan untuk kanak-kanak shj tetapi untuk seisi keluarga,siap boleh gigit makan mcm tu je,,,,,untuk mereka yang nak   kurus boleh amalkan omega guard ni juga..

testimoni lagi CLIK SINI.

berminat nak order??

pm/add fb:ain naina boleh chat terus dengan sy ;).

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun.

emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915

*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*





Tuesday 26 March 2013

TESTIMONI SET BERPANTANG~BADAN RASA CERGAS,YANG BEST TURUN BERAT WALAUPUN BARU 19 HARI GUNA!!! BERTENAGA SENTIASA~

Assalammualaikum....itulah antara kata-kata ibu yang berpantang dengan set bersalin shaklee ni....bukan itu aje ade yang kata dalam masa 3 hari berpantang dah boleh buat kerja rumah!!!! ayoyo hihihi best kan???
antara sebab mengapa ramai yang memilih set berpantang shaklee ni adalah kerana tidak boleh makan jamu anak cirit dan anak kuning yang tinggi.tetapi tidak pada set berpantang shaklee ni ,anda boleh mengambil terus setelah bersalin....teringat masa bersalin ainul selepas 5 hari berada di wad selayang,tak sabar nak balik makan vitamin shaklee ni..masa tu susu memang takde langsung,alhamdulillah lepas makan vitamin selama 2 hari susu mencurah-curah !!!! happy sangat,,,yela bila badan ibu sihat dan tiada strees barulah susu makin mencurah-curah...

kenapa sy memilih set ini? kerana ada nya zinc com yang amat membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat bagi anda yang tidak tahu zinc com ni bertindak seperti ikan haruan bagi ibu yang tidak makan ikan haruan memang sesuai mengambilnya..kebetulan sy bersalin secara vakum memang banyak luka dah la anak sulung mujur ada  zinc com yang banyak membantu....

disamping itu esp juga membantu menyembuh luka,memberi tenaga kepada ibu yang baru lepas bersalin.

bagi ibu-ibu yang lepas bersalin mesti rasa takut sangat time nak "membuang" kan?? lebih-lebih lagi kalau yang sembelit...ostematrik amat membantu melancarkan proses tersebut dengan syarat air putih harus banyak di minum.
jom tengok apa kata ibu-ibu ini....

testimoni 1
berat turun 8 kilo lebih baru berpantang 19 hari !!!!

testimoni 2

testimoni 3

testimoni lagi CLIK SINI
dah ramai yang berpuas hati,,,anda bila lagi?? masih tercari-cari set bersalin/berpantang yang sesuai? kepada anda yang berada di luar malaysia,anda boleh terus berhubung dengan sy jika ingin membuat pembelian,,,.

pm/add fb:ain naina boleh terus chat dengan sy.segala konsultasi akan diberikan setelah membeli dengan sy ;).

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun.,..

emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

Monday 25 March 2013

TIPS SEMARAKKAN CINTA SUAMI&ISTERI~~

Assalammualaikum...setiap percintaan di alam rumah tangga pasti ada pasang surut nye...tetapi  janganlah pula biarkan surutnye lama terbiar nanti merbahaya tau!!!!
kali ini sy nak share tips eratkan lagi cinta suami&isteri..

~cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing( ini rutin harianku hiihi).
~jika berpisah lebih lama dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukkan dan ciuman di bibir ;).
~walau sesibuk man sekalipun luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang di lakukan (jangan hanya masa bercinta je bleh buat gini).
~sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "i love u" sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana,menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
~sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

~amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
~luangkan masa untuk berbual tentang apa shj dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
~mudah berbaik jika berlaku sebarang pertengkaran ,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
~temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisinya.
~jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
~amalkan sembahyang berjemaah semasa dirumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
~biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman suami atau isteri.
~sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa shj yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
~senda gurau dalam rumah tangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka-teki atau apa shj yang membolehkan anda ketawa bersama.
~sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
~sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
~apa shj masalah yang timbul ,terus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
~sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami.isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
sekadar gambar hiasan
semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi kita ilmu lagi tentang kebahagiaan rumahtangga ;).

jom dapatkan set keintiman suami&isteri CLIK SINI.

JOM SEMAK KRITERIA UTAMA SET BERSALIN/BERPANTANG~

Assalammualaikum,,,masih teringat ketika sedang mengandungkan ainul mardhiah tahun lepas,,,pening kepala nak cari set bersalin ape yang sesuai? google punye google akhirnye terjatuh cinta dengan set ini....
antara kriteria utama yang perlu ada sebelum ibu-ibu memilih set bersalin/berpantang adalah:

~sesuai di ambil oleh ibu yang bersalin normal ataupun pembedahan.
~boleh di ambil sejurus selepas bersalin.
~selamat dan tidak memudaratkan bayi.
~tidak mengakibatkan jaundis,cirit-birit dan ruam pada anak.
~menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.
~tidak mengakibatkan sembelit.
~yang penting dapat merangsangkan penghasilan susu ibu.

kita semua tahu tempoh berpantang merupakan tempoh bercuti bagi ibu yang masih dalam keadaan lemah,kehilangan banyak darah,keletihan melayan bayi yang kerap bangun malam.jadi di dalam set ini terkandung nutrisi yang ibu-ibu tidak dapat ambil dari makanan harian.

multivitamin~
mengandungi 12 multivitamin&7 mineral yang diperlukan badan mengikut saranan RDA untuk memenuhi mana-mana kekurangan zat dan nutrisi yang tidak dapat diperolehi dari makanan semata.

B complex~
tidak seperti B com jenama lain, B com shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B  termasuklah 100% kadar harian(daily value) biotin dan asid folik.B com sangat diperlukan ketika berpantang kerana ianya terkenal sebagai vitamin penenang yang mampu menangani masalah kemurungan dan stress sekaligus mengelakkan daripada terjadinya masalah post-natal blues atau lebih dikenali sebagai meroyan dikalangan masyarakat melayu.


vitamin C~
vitamin c mempunyai peranan penting dalam penyembuhan luka.kekurangan vitamin c boleh mengakibatkan luka bersalin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.selain itu vitamin c juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan agar si ibu tidak mudah  jatuh sakit ketika di dalam pantang yang dapat mengundang masalah bentan.

zinc com~
zinc berfungsi dalam mempercepatkan pemulihan luka bersalin baik luaran mahupun dalaman.zinc juga membantu pengecutan rahim dan mengembalikan daya ketahanannya selain itu zinc juga dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang sering di alami wanita selepas bersalin.

ostematrik~
sekiranya si ibu mempunyai masalah sembelit ,maka kalsium atau turut dikenali sebagai ostematrik sangat digalakkan untuk di ambil kerana ianya telah terbukti untuk mampu mengatasi masalah ini.

esp~
komposisi utama susu adalah protein dan kalsium,justeru itu si ibu harus mengambil diet berprotien tinggi bagi memastikan penghasilan susu dapat dirangsang dan susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat.
esp bertindak sebagai pembekal protien yang unggul.selain bagi tujuan penyusuan ,esp juga dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan .ini perlu memandangkan si ibu di dalam pantang seringkali tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya kerana perlu berjaga malam.

pengambilan esp juga dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati  berikutan proses bersalin yang telah dilalui secara langsung badan bukan saja menjadi lebih sihat malah luka bersalin juga cepat sembuh.

testimoni 1

testimoni 2

alhamdulillah ramai ibu-ibu yang berpuas hati,tidak salah mengambil jamu tetapi jarakkan dengan vitamin shaklee ni,sekiranya anak ada kuning komfem tak boleh makan jamu ni sebab itu set berpantang shaklee amat sesuai untuk di miliki hari ini ;).....tidak rugiiiiii...berminat ??

pm/add fb:ain naina boleh chat terus dengan sy :).segala konsultasi akan diberi setelah pembelian hanya dengan sy.

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun ;).

emelkan kepada :ainaina1@gmail.com

sms/whatsapp :0129773915.


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~