Pages

Thursday 26 June 2014

KETAHUI AMALAN DI TRIMESTER PERTAMA

Assalamualaikum... salam jumaat buat semua... semoga hidup kita sentiasa di rahmati lebih-lebih lagi nak masuk ramadhan ni.... bersihkan hati kita ye...

kali ini saya nak share bagaimana saat bila seorang wanita itu menempuh awal kehamilan terutama anak sulung jom layannnn...

Saat disahkan hamil,anda pasti teruja sementalahan kali pertama.oleh itu anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.

Berikut Adalah senarai tips atau amalan sepanjang trimester pertama kehamilan yang perlu anda ketahui.
1)Cari maklumat 
dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada  trimester pertama sehingga trimester akhir agAr dapat menjalani kehamilan yang sihat.

2)Jaga Dehidrasi 
Di trimester pertama ,anda mungkin sering mengalami alahan seperti loya,mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi.banyakkan minum air kosong,susu, atau jus buah-buahan segar.malah minuman yang di ambil secukupnya ,dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.

3)Makan secara sihat
Anda tidak perlu untuk dua orang! sebaliknya pastikan diet anda mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ,sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari .sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti,pasta dan nasi.sebaik-baiknya jenis bijiran penuh supaya anda mendapat serat mencukupi.jangan lupa protein seperti ikan ,daging,telur dan susu serta produk tenusu setiap hari.

4)Elak penyebab muntah
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan .dengan itu ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual.biasakan juga  diri untuk memberus gigi selepas makan.untuk menghindarkan rasa mual,usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan baring .jangan dilakukan secara spontan.

5)Ikuti pemeriksaan antenal
ketika hamil,kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan ,atas sebab ini anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.


6)Makan ikan
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia,berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan.hal ini kerana ikan berminyak mengandungi protien,mineral,vitamin D dan asid lemak omega-3 .anda di galakkan makan ikan tenggiri,salmon atau sardin dua kali seminggu.

7)Bersenam selalu
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda menangkis kemurungan semasa hamil.senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah berjalan,berenang dan aerobik air.

8)Senaman lantai pelvis.
Sejak daripada awal kehamilan ,anda di galakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran nanti.anda juga di galakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.


9)Kurangkan kafien
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafien yang di ambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran.dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya .sebaik-baiknya  beralih kepada kopi tanpa kafien,teh atau jus buah-buahan segar atau alternatif lain dengan minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya hari ini... sila tekan butang share jika anda ingin berkongsi dengan kawan-kawan ye ;-)

**berminat nak dapatkan vitamin yang amat penting untuk ibu hamil? KLIK SINI***

SID 0129773915 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~