Pages

Saturday 28 June 2014

TIPS MENU SIHAT UNTUK BERBUKA

Asslamualaikum..

jom kongsikan tips makan sihat ketika berbuka.... 

Ia perlu dikawal jumlah dan jenisnya. Jangan terlalu berat ketika berbuka puasa. Berbukalah sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah iaitu dengan makan buah kurma atau buah-buahan yang manis dulu. 



Selepas solat Maghrib barulah makan makanan yang agak berat dan utamakan makan sayur-sayuran serta minumlah air secukupnya. Minumlah air mineral atau air kosong dan janganlah amalkan minum air manis dan air berkarbonat. 

Air manis berkalori tinggi dan mempunyai gula yang banyak akan menyebabkan masalah kesihatan pada kemudian hari. Ambillah peluang untuk menjaga makanan yang kita makan dan bukannya kita makan sebanyak-banyaknya ketika berbuka hingga tersandar kekenyangan dan malas untuk bersolat. 

Budaya kita di Malaysia dengan bazar Ramadan yang menyumbang kepada masalah makan berlebihan ketika berbuka. Ini kerana kita akan membeli makanan di bazar Ramadan ketika perut sedang lapar dan cenderung untuk membeli makanan secara berlebih-lebihan. 

Apabila berbuka kita selalunya tidak habis dan akan membazir makanan. Budaya ini perlu kita kawal dengan masak sendiri di rumah. Berhemah dan berkira-kira ketika membeli makanan di bazar Ramadan dan janganlah membazir. Sepatutnya berat badan kita akan menurun ketika bulan Ramadan tetapi malangnya ramai yang mengalami masalah berat badan bertambah. 

Rahsia kesihatan dalam puasa Ramadan adalah bersahur. Bersahur juga membezakan puasa orang Islam dengan puasa agama lain. Dengan bersahur sempurna ia akan membekalkan tenaga secukupnya untuk kita berpuasa hingga matahari terbenam. 

Jangan tinggalkan bersahur kerana jika kita tidak bersahur kita akan terlalu letih dan cenderung untuk makan berlebih-lebihan ketika berbuka. Makanlah makanan yang sihat ketika bersahur dan lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran serta lauk-lauk berprotein tinggi. 

Sahur amat digalakkan hingga ada ulama berpendapat ia hampir wajib. Yang paling utama, bersahur akan memberikan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita laksanakan sebagaimana hadis Nabi SAW. Daripada Anas bin Malik RA: “Sahurlah kalian kerana dalam sahur terdapat barakah.” 

Pada bulan Ramadan juga sangat baik bagi perokok berhenti daripada tabiat merokok. Jika seseorang boleh bertahan tidak merokok ketika berpuasa teruskanlah tidak merokok sepanjang malam. 

Tumpukan perhatian kita kepada ibadah serta dapatkanlah kelebihan bulan Ramadan semaksimum mungkin dan lupakanlah rokok. Sia-sialah jika kita berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan rokok yang tidak putus-putus kita hisap hingga mengganggu orang lain untuk beribadah di masjid dan surau. 

Dengan memfokuskan kepada ibadah dan juga memperbanyakkan membaca al-Quran maka kadar stres dan tekanan akan menurun. Stres yang tinggi dan tidak terkawal adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kemurungan dan sebagainya. 


Dengan datangnya Ramadan ini, seharusnya kadar stres kita akan menurun dan memberikan impak positif kepada kesihatan kita secara umumnya. 

Ingin rasa kekal cergas di bulan ramadhan ini? jangan lupa dapatkan set berpuasa dari mamasihatbaby ceria... amat sesuai di ambil seisi keluarga kerana ia semulajadi dan selamat ... juga amat sesuai untuk ibu menyusus dan hamil..

Anda akan mendapat konsultasi percuma jika membeli dari saya...


Kelebihan puasa ~


Paras kolesterol dalam darah menjadi lebih baik dengan peningkatan paras HDL dan penurunan paras LDL. 

Pengurangan pengambilan kalori ketika berpuasa juga membantu menurunkan berat badan. 

Bagi pesakit kencing manis ketika berpuasa didapati kawalan gula adalah lebih baik dan mudah diturunkan. 


Berpuasa meningkatkan fungsi hati dan proses detoksifikasi tubuh. 



✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~