Pages

Saturday 28 June 2014

PULIHKAN KESIHATAN DENGAN BERPUASA

Assalamualaikum.. alhamdulillah baru sahaja selesai bersahur ... syukur kerana kita dipertemukan lagi di bulan yang mulia ini... sayu betul hati  ini sebab pertama kali puasa tanpa arwah ayah.

Berpuasa Bantu Singkir “RACUN” Dalam Perut.


Orang kata perut sarang penyakit. Oleh itu berpuasa sangat bagus untuk bantu singkir “racun” dalam perut. Berpuasa memberi ruang masa yang cukup untuk organ pencernaan seperti usus, pankreas dan hati untuk bekerja melakukan kerja-kerja pembersihan di samping membantu memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.


Apabila kita berpuasa, toksin dari kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen juga dapat dibawa lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kesannya kerja-kerja pembersihan dan sistem penghadaman sihat dan bantu cegah kanser usus.

Kajian sains menunjukkan berpuasa mempunyai banyak faedah kesihatan. Puasa memberikan kesan positif kepada kesihatan dari segi psikoloji dan fizikal.

Puasa juga bertindak sebagai ubat kepada masalah berat badan berlebihan, penghadaman tidak sempurna, stres dan masalah kolesterol berlebihan. Pemerhatian oleh pakar jantung di UAE mendapati ketika bulan Ramadan, paras kolesterol dalam darah menjadi lebih baik dengan peningkatan paras HDL dan penurunan paras LDL. 

Ini memberikan kesan positif kepada kesihatan jantung. Pengurangan pengambilan kalori ketika berpuasa juga membantu menurunkan berat badan. Bagi pesakit kencing manis ketika berpuasa didapati kawalan gula adalah lebih baik dan mudah diturunkan. 

Pada tahun 1994, persidangan antarabangsa kali pertama untuk kesihatan dan Ramadan diadakan di Casablanca, Maghribi, yang membabitkan pembentangan 50 kertas kajian oleh pakar dari seluruh dunia mengenai kelebihan berpuasa kepada kesihatan.


Pelbagai kajian membuktikan bahawa berpuasa amat baik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh manusia selain tiada satu pun kajian menunjukkan kesan buruk berpuasa kepada kesihatan.


Bagaimanapun, pesakit yang menghidap penyakit kronik yang teruk seperti sakit jantung, buah pinggang, strok dan sebagainya dinasihatkan tidak berpuasa. 

Berpuasa akan meningkatkan fungsi hati dan proses detoksifikasi tubuh kita. Sel tubuh dan organ dalaman kita dapat dibersihkan daripada pelbagai toksin yang diserap sepanjang tahun. 

Berpuasa juga meningkatkan sensitiviti insulin kepada sel tubuh dan ia membantu menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dengan mengawal paras gula dengan lebih baik, terutama kepada pesakit kencing manis. 

Dengan mengawal pemakanan dalam bulan Ramadan, sel lemak yang terkumpul akan dibakar dan tubuh akan menjadi lebih kurus dan bertenaga. Oleh itu amat perlu kita tidak makan secara berlebih-lebihan pada waktu malam sepanjang Ramadan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~