Pages

Wednesday 11 June 2014

SELAMATKAH MENYUSUI KETIKA HAMIL LAGI?

Assalammualaikum.. kita bakal memasuki bulan ramadhan lebih kurang 17 hari lagi ,,, bagaimana persiapan anda? untuk ibu-ibu yang mengandung atau ibu menyusu anda boleh terus ikuti blog sy kerana sy akan share tips2 menarik untuk anda... 

RAMAI kaum ibu beranggapan menyusu ketika hamil tidak harus dilakukan.


Malah, mereka juga berpendapat menyusukan bayi secara seiringan (tandem) iaitu menyusukan bayi yang baru bersalin bersama anak yang sedia ada tidak boleh dilakukan. 



Ia juga perlu dihentikan kerana proses berkenaan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada anak yang baru lahir mahupun anak sedia ada.

Tanggapan terbabit diperkukuhkan lagi dengan mitos pantang larang orang tua mengatakan si ibu tidak patut menyusukan anaknya lagi ketika mengandung.


Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan kandungan terjejas disebabkan khasiat susu badan diambil oleh anak yang masih menyusu sedangkan bayi di dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrien tambahan.


Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada. 

Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.

Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.

Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung dan lagipun kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu untuk anak sedia ada. 


Ibu yang hamil juga harus memastikan tumbesaran bayi yang menyusu tidak terbantut kerana kerana kekurangan susu.

Pada masa ini, ramai ibu yang khuatir mengenai keperluan susu anak mereka namun mereka perlu ketahui selepas anak berumur setahun, susu bukanlah lagi diet utama bagi anak.

“Anak perlu diberi makanan lain untuk memenuhi keperluan zat mereka dan proses penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. 

“Jika pertumbuhan tumbesaran anak terbantut disebabkan kekurangan susu badan dan disahkan doktor pakar kanak-kanak, ibu yang hamil harus menambah susu formula untuk anak sedia ada yang menyusu terutama jika anak terbabit berumur bawah enam bulan,” katanya.

Ibu juga harus tahu pada penghujung kandungan, susu ibu akan berubah rasa kerana penghasilan kolostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan. 

Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan anak yang menyusu itu berhenti menyusu secara semula jadi.

Namun si ibu tadi tidak perlu memaksa anak itu meneruskan penyusuan dan perlu diingatkan jika kanak-kanak berkenaan ingin terus menyusu, kolostrum akan sentiasa terbentuk dan mencukupi untuk bayi yang bakal dilahirkan.

“Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, dia harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu kerana ia boleh mengganggu emosi anak itu.

“Tetapi jangan bersedih kerana si ibu boleh cuba memujuk mereka menyusu semula selepas kelahiran bayi baru sekiranya masih ingin membekalkan khasiat susu ibu untuk jangka masa panjang kepada si anak tadi,” katanya.

Selain itu, tanggungjawab ibu menyusu ketika hamil agak berat kerana jika anak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun, si ibu perlu memerhatikan pertambahan berat badannya sendiri semasa hamil.

“Kebiasaannya si ibu akan menjadi lebih penat kerana perlu melayan kerenah anak dan bayi dalam kandungan pada masa yang sama, oleh itu dapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan tekanan.

“Ketika hamil puting payudara si ibu juga mungkin lebih sensitif justeru, si ibu perlu memastikan anak sedia ada menghisap puting dengan cara yang betul,” katanya. 

Jika keadaan sebaliknya berlaku dan si ibu mengalami luka pada bahagian berkenaan, jangkitan kuman mudah berlaku dan mungkin boleh menyebabkan payudara membengkak dengan nanah dan ibu perlu melakukan pembedahan kecil. Ini akan menyukarkan keadaan dan anak mungkin akan berhenti menyusu.

Bagaimanapun, katanya untuk memastikan penyusuan susu ibu terbabit berjaya, golongan ibu yang membuat keputusan untuk meneruskan penyusuan ketika hamil perlu menjaga kesihatan diri serta mengambil makanan seimbang secara tetap.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengambilan kalsium terutama susu sentiasa mencukupi memandangkan keperluan kalsium anak dalam kandungan serta anak yang sedang menyusu sangat tinggi.

“Si ibu seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul serta makan makanan berzat.

“Malah, mereka perlu minum air dengan kuantiti yang banyak demi kesihatan diri dan juga bayi,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, terdapat beberapa keadaan yang mana kaum ibu tidak dibenarkan menyusukan bayi mereka ketika hamil.

Keadaan ini apabila ibu hamil mengalami masalah muntah yang teruk semasa awal mengandung. 

Selalunya ibu yang mengalami muntah yang teruk, badan mereka sangat tidak bermaya dan meneruskan penyusuan akan lebih memudaratkan ibu. Mereka boleh mencuba untuk memulakan penyusuan semula apabila keadaan pulih kelak.

Satu lagi faktor apabila ibu mengalami kontraksi pramatang semasa mengandung atau mereka pernah melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor tidak menggalakkan penyusuan kerana dengan meneruskan penyusuan ia akan menyebabkan kontraksi bertambah kuat dan akan menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang. 

Keadaan ini disebabkan penambahan dan perubahan hormon dalam badan yang menggalakkan kontraksi.

Jika berlaku perdarahan semasa peringkat awal mengandung, ibu juga tidak digalakkan meneruskan penyusuan kerana khuatir ia mungkin boleh menyebabkan keguguran kandungan.


Akhir sekali, dia berharap ibu yang ingin menyusukan bayi ketika hamil agar sentiasa bertanya doktor mereka terutama sekali jika terdapat sebarang keraguan.

Sebab itu ibu memerlukan Nutrisi terbaik untuk menampung zat-zat dalam badan ibu... set penyusuan shaklee pilihan terbaik dan amat-amat membantu ramai ibu-ibu di seluruh dunia.

dalam set ini mengandungi esp,vitalea,ostematrik dan alfalfa... TETAPI jika ibu hamil tidak boleh ambil alfalfa ye.. boleh gantikan dengan vitamin B complex..

Berminat boleh pm/sms/whatsapp sy :0129773915..

Nasihat DR,zubaidai untuk ibu yang hamil ketika menyusukan anak HAMIL KETIKA MENYUSUI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~